Friday, August 13, 2010

Angin Berblog Muncul Kembali

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Hah jangan terkezut... ni bukan sambungan dari salam Ramadhan 1430H lagi.. tapi dah Salam Ramahan 1431H dah.. ok sangat lama telah meninggalkan arena blogger ini.. hehe.. itu la.. org nak berblog, kita pun nak berblog.. tapi sudahnya.. bersawang abih blog ni..dah nak tumbang menyembah bumi dah..

Tapi tetiba semangat muncul kembali, dan semangat ni sebenarnya dah muncul dalam 2,3 bulan lepas lagi untuk kembali aktif.. tapi ntah.. apa yg dipikir'in pun ngak tahu... apa yg disibuk'in pun ngak tahu.. dan kesimpulan dari kesudahan tak berblog selama lebih kurang setahun ni.. banyak telah terjadi, kisah suka duka..pahit manis, tawar masin, dan sewaktu denganya dah berlaku kat aku.. dan aku sendiri tak mampu nak remind balik apa yang dah jadik.. cuma peristiwa-peristiwa bersejarah yang patut diingati tu nanti pelan2 aku story balik.

Dan sebenarnya.. niat utama aku nak mengupdate semula blog ini adalah bertujuan untuk memfokuskan blog ini kearah bidang 'MAKANAN & MASAKAN'..haha.. story mory about my life will be bahan-bahan sampingan jer.. itu tujuan sebenar.. oleh yang demikian, tajuk blog ini pun patut ditukar la... bab tajuk blog ni pun satu masalah jugak..hehehe... so untuk tidak menyusahkan kepala otak aku nak piki pasal tajuk tu.. bab tajuk boleh diabaikan dulu yer..

Dan bukanlah niat aku nak bgtau yang aku ni pandai masak, tetapi nak bagi semangat kat aku sendiri supaya rajin memasak.. huhuhu.. yer saya kena rajin memasakan ya.. oleh yang demikian, untuk makluman entry-entry masakan selepas ini adalah kaedah cuba jaya saya sahaja..

Ok aku listkan tujuan sebenar aku nak berblog skang ni :
1. Menyuntik semangat aku supaya rajin memasak!!!
2. Ingakan semula Masakan-masakan yang dah aku cuba try test itu
3. Makanan-makanan yang aku nak dan akan makan
4. Mendisplinkan diri pada satu2 perkara
5. Muhasabah diri/masakan aku..hehehe
6. Ada tempat untuk bercerita panjang-panjang dan suka suki..
7. To remind me wat i've done (ini sudah tentu la)

Dan bukan la aku berblog ni bertujuan untuk menceritakan kisah hidup pada orang lain.. tetapi just to share my knowledge with others walaupun knowledge aku ni tak seberapa mana.. but its still a knowledge yer.. sangat berharga ok.. dan sebab itu aku tak akan citakan kisah hidup aku as my main writing here..

Dan mengenai apa yang dah berlaku pada aku selama setahun ni .. tak perlu diceritakan semula.. just to list down here that :

1. Saya dengan sahnya telah menjadi Puan Siti Safra Jailani isteri kepada En. Mohammad Khairil Izwan Mansor pada tanggal 27 September 2009 bersamaan 8 Syawal 1430H
2. Masih menetap di Pulau Pinang dan bekerja di USM Kampus Induk
3. Dan masih berusaha untuk menjadi isteri dan anak yang solehah.. Aminnn...


haha.. so welcome... Chef Safra ... aja.. aja...

No comments: