Hari-hari dok berangan nak DSLR ni... huhu.. ntah kenapa memang sangat berminat nak bendalah ni seketul... cadangnya nak start simpan sebulan RM100 untuk beli benda ni seketul, kalu start simpan bulan ni, tahun depan dah boleh beli kan.. kan.. tapi bulan depan dapat duit kutu... hahaha... kepala dah macam nek tanduk... hehehe... simpan half la.. pastu half lagi guna untuk meronggeng.. so kena start menyimpan jugak la kalu betul-betul berhajat nak benda ni.. emmm
Tapi...... fikir nyer fikir.. penting sangat ke nak beli DSLR ni sebabnya... aku dah ada digital camera NIKON yang bleh capture 16mgpxl nyer gambar dengan boleh amik video HD lagi... dan camera ni baru je beli hujung tahun lepas... dan cuba tengok hasil capture camera ni...
 |
| Cantik tak |
 |
| Dan yang ni... ok kan kualitinya |
 |
| Jambatan Ke Dua Pulau Pinang in progress nun dihujung sana |
|
|
|
Hmm... kalu gayanyer la gambar camni bleh amik.. tak perlu lagi la DSLR tu kan... kan... yg video nye plak memang best... tapi... nak dapat gambar macam atas ni agak payah la... jenuh nak snap...
Maybe sini nampak blur skit.. tapi quality HD memang tak boleh dibandingkan.... sangat best...
Banyak benda yang perlu dipertimbangkan kalu nak beli DSLR ni:
1. Sebagai ibu mesti payah nak usung ke sana sini dengan anak kecil yang sentiasa nak berdukung sambil mengalas DSLR kan..
2. Takkan nak usung ke mana sahaja ketul tu. Sebab penting untuk capture moment dimana sahaja
3. Ada big event baru sesuai nak bawak ketul tu kan, tapi perlu pertimbangkan point no 1 tadi.
Kebaikan DSLR :
1. Gambar yang cantik dan jelas
2. Kepuasan sebab ada styleee... hahahaha
Kebaikan Compact Digital Camera :
1. Mudah bawa kemana sahaja
2. Sambil beranak kecil pun mampu nak bersuka ria bergambar
3. Gambar yang cantik dan jelas kurang skit jer dari DSLR
4. Tiada kepuasan mengambil gambar sebab tak ada style... ceh..
Makanya... Adakah perlu mempunyai 2 benda yang mempunyai 1 fungsi yang sama dalam 1 masa dan perbezaannya hanya dari kepuasan dan keinginan sahaja... huhuhu maka perlu difikir-fikirkan lagi...