Friday, June 22, 2012

Happy 11th month my little Khalish

Today genap Khalish 11 bulan. Hah tinggal sebulan jer lagi Khalish dah nak cukup setahun. Anak ibu dah besar.......

Progress Khalish :
Merangkak dengan advancenya
Dok bertatih sepanjang sofa kat rumah
Suka tarik rambut orang. Dekat hadanah pengasuh bagitau dia suka tarik rambut kawan. Kat rumah ibu selalu jadi mangsa. Haishhh...

Hope u will be a good son & muslim. Ameen......

Sayang anak ibu.

Saturday, June 16, 2012

Im gonna miss my son

Huhuhu 1st time nak tinggal Khalish untuk semalam atas urusan kerja. Ibu akan ke Kelantan esok, hari isnin tengah malam baru sampai rumah balik.
Harini duk stay penang ja. Tak keluar rumah pun. Main dengan Khalish puas-puas. Esok pagi dah nak bertolak, harapnya Khalish ok la. Harini pun Khalish asyik nak ngan ibu jer, dok manja-manja ngan ibu. Hai camna la nanti. Harap cepat la habis masa kat sana.
Khalish anak yang baikkan.... I will miss you. Sayang anak ibu

Friday, June 15, 2012

Pasta

Hari terajin skit buat pasta untuk Khalish dan pasta untuk ibu & ayah Khalish. Inspirasi resepi dari blog dr. Harlina wife Sheikh Muzaffar yang buat pasta untuk anak dia. Bahan- bahan tu dah cari minggu lepas dah dengan ummi Irfan kat Maidin. Ummi Irfan lagi semangat balik tu trus buat. Tapi ibu peram bahan sampai seminggu baru nak buat. Hehehe...
So tadi dah buat, memang sedap sampai sambil suap Khalish sambil ibu pun ngap sekali. Hehehe. .. Dah Khalish makan habis baru buat para bakar untuk ibu plak. Nyum..nyum....
Pasta Khalish
Pasta Ibu Khalish

Thursday, June 14, 2012

Tuesday, June 12, 2012

Projek baru

Semangat nak menjahit datang lagi. Harap kalini projek menjadi, hehe. Mana tau kot bleh buat bisnes ker, berangan dulu. Hahaha, berangan itu penting ya....

Wednesday, June 6, 2012

Lara Hati...

Tajuk kemain... tapi memang sedih betull.... niat suci murni untuk full breastfeed Khalish sampai setahun tak kesampaian.. niat besar memang nak sampai 2 tahun.. tapi berazam dulu nak full sampai setahun... sampai 6 bulan dah  berjaya... sambung pulak niat sampai setahun.. ujian datang lagi.. akhirnya.. ibu terpaksa pilih untuk bagi Khalish formula milk..

Memang salah ibu pun kali ni.. sebab tak jaga betul-betul dan tak disiplin.. memang betul tak disiplin.. malas dan tak ikut peraturan.. huhu.. sedih...dari padatnya icebox kat rumah tu dengan EBM untuk Khalish jer sampai terpaksa transfer balik simpan kat rumah maktok sama, sampai tak bleh nak beli ikan untuk ibu nak masak-masak semua. Peti ais atas tu just untuk simpan EBM jer.. sampai la pagi tadi ada sekeping ja EBM Khalish dalam icebox .. memang sedih...

Kalau tak tetiap pagi ibu akan bekalkan 4 botol EBM.. pagi tadi just 2 botol jer bersama-sama bekalan formula milk untuk bekalan Khalish harini..

So mulai dari sekarang kena berusaha bersungguh-sungguh dan berdisplin.. memang betul kena berdisplin...harapnya sekotak tu jer la Khalish minum. Lepas ni harap dapat full balik breastfeed Khalish.

Aja...aja... fighting.....!!!!

semangat ibu ni.... aja..aja....!!!

Monday, June 4, 2012

Trip to KL & Pahang

Alhamdulillah trip kali ni Khalish sihat walafiat..selamat jugak sampai ke KL setelah sekian lamanya... ibu kira-kira dah 2 tahun tak jejak kaki ke sana.. actually bukan ke KL.. tapi ke Serdang Selangor rumah adik en.Khairil.. so lalu la UPM.. mengimbau kenangan lalu.. cewahhh... hahahha... niat utamanya nak ke Jengka Pahang attend majlis kahwin bestfriend ibu, Cik ina yang kini dah bertukar menjadi Pn Ina.. kira orang last la yang menamatkan zaman bujang dalam group member yang paling kamceng masa study UPM dulu.

Ok jom shortcut kan ceritanya :

1 Jun 2012

Bertolak dari Penang ke Sungai Petani amik mama terus pecut ke Serdang dari kul 12tghari sampai kul 8 malam.. fuhh... berpeluh.. jem.. Lalu tepi pagar UPM sambil mengimbau kenangan lalu.. chewahh... Tido rumah adik en.Khairil Syida.. Khalish nye main ngan mak usu ngan along dia sampai kul 11 lebih baru nak tido..huhuhu

2 Jun 2012

Bertolak dari Serdang kul 10.. Khalish bangun lambat penangan tido lewat..sampai Jengka kul 1.. jijah, efa dengan naj dah sampai baru abih makan nasi. Reunion la sekejap...huhuhu.. masuk jumpa pengantin sekejap... datang jauh-jauh.. kejap je jumpaa.. tak best tul.. Petang check in kat Seri Malaysia Temerloh ngan naj.

3 Jun 2012

Dari Temerloh kul 10 jugak.. pakat tido sampai kul 7 hehehe.. gerak ke Bukit Tinggi.. mengimbau kenangan lalu jugak.. 2nd time ibu ke sana selepas gathering terakhir kami bujangan dulu. Dah alang-alang lalu.. singgah bawak Khalish jalan-jalan.. Sampai Serdang kul 4.. rehat kejap.. kul 6 betolak balik Penang.. Kul 12 mlm baru smp..

Tengok gambar lak bercerita

Efa, jijah, jijah hubby & salahuddin

naj(tengah khusyuk karang ayat dalam kad), naj hubby & my hubby

Gambar wajib bersama king & queen of the day.. anak efa comelll.. geram & Selamat Pengantin Baru Ina...
ooo sempat lagi kami bergambar tanpa pengantin.. hehehe

Kat Seri Malaysia Temerloh.. konon bajet nak ajar Khalish swimming macam anak Sheik Muzaffar.. hahaha...

At Japanese Village

Budak jepun sesat.. arigatho..haiiik!!

Khalish layan tengok ikan berenang-renang.. ayah in action..

Ibu plak in action.. Khalish layan tengok kolam lagi.. hehehe.. (gambar besar skit, ibu tayang tudung buatan sediri.. hehehe)

konon macam kat greece..hahaha

en Khairil & Khalish in action lagi konon mcam kat london

Last but not least.. mesti la Khalish in action... yang ni sempoi.... ibu suka... hahahhaa


Mission DOne!