Wednesday, August 29, 2012

Raya.. raya.. raya....

Assalamualaikum,

Salam lebaran yang ke 11.. selalu terlambat nak update yer.. haha sakan beraya la maknanya tu...

Ok just a quick update in a point form jerr...

  1. Alhamdulillah tahun ni dah raya bertiga... nak kata preparation sakan-sakan untuk cik awang tu tak der pun sangat.. baju melayu sepasang dengan baju jalan-jalan 3 pasang..
    Dapat jugak sedondon beraya walaupun agak lambat hunting baju raya, main rembat jer baju melayu En.Khairil pastu time tu baru nak cari kain buat baju untuk ibu dan Khalish... nasib sempat siap jugak... semangat.. sampai malam raya dok jahit manik lagi..dan sangat berpuas hati sebab baju & tudung raya kali ni totally buat sendiri.. termasuk yang baju raya Khalish  hahahaha..
  2. Tahun ni giliran beraya di Sungai Petani untuk raya pertama.  Aktiviti kalau raya di Sungai Petani ialah pagi raya En. Khairil pi solat raya, lepas solat makan-makan. Abis makan acara salam bersalaman pastu menziarah kubur mak tok dan tok wan2. Tahun ni terus ajak En. Khairil terus ziarah kubur arwah ayah ibu jugak kat Tokun... haaa.. sepagi abih ziarah kubur.. Petang dan penat.. tido rest hahaha..
    Raya Kedua lawat mak tok sebelah mama di Taman Padimas.. malam raya rumah kawan ayah.. tu jer
    Raya ke tiga, pagi rest, petang bawak Khalish pi klinik sebabnya Khalish demam dari hari sebelum raya lagi.. huhu... tak baik-baik.. siang ok.. malam panas balik badannya...
  3. Raya ke empat balik Tokun,.. haa. balik Tokun sibuk skit... sampai petang .. ada orang mai rumah.. malam pun ada orang mai rumah.
    Raya ke lima.. pagi rest.. petang beraya rumah abg ngah... malam beraya rumah pak su
    Raya ke enam balik Sungai Petani kejap tengahari tu, malam pi beraya rumah pak lang & mak teh
    Raya ke tujuh pi kenduri di Pendang, balik tengok mak tok di hospital, malam beraya di rumah Pak ngah
    Raya ke lapan.. siang rest.. malam beraya rumah Kak pah.. trus balik penang.. esok  nya keja...
  4. Tu la jadual beraya tahun ni.. beraya kat Sungai Petani tu banyak rest la.. kat Tokun kata je rest tapi tak sangat pun.. ada je orang mai rumah... dah nama raya kan.. hehehe
    Kawan-kawan sekolah pun tak jumpa tahun ni...
Ok jom layan gambar raya....

Isteri solehah (~ _^)V

Nak duit raya...

Sesi photog wajib

Raya kedua... Khalish dan ibu still sedondon walaupun tak plan baju raya.. walau Khalish tak bapa sihat.. still maintain senyum

Plan nak sedondon anak ngan ayah sebenarnya.. tapi tersilap color.. hahaha.. sama material je.. boleh laa...





Wednesday, August 15, 2012

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Hahaha.. ntah apa-apa kan... tetiba baru nak update pasal family ghat tu... dok terperam kemain lama dalam entry post tu.. ni  dah sebulan lebih baru nak datang seru update balik.. hahahaha... adeh laa... pastu trus update 2nd entry plak tu ...Hahaha

Ok la cuma saja tak nak lepaskan peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan walaupun Ramadhan dah nak sampai ke penghujung nya... waaa.. sekejap je masa berlalu... hmmm Ramadhan kali ni.. ni kalu ke dua kami sambut bersama Khalish.. tahun lepas... ibu dalam pantang... tahun ni.. Khalish dah cukup setahun.. memang sibuk sikit la... sebab tu blog tak terupdate.. hehehehe.. dan lagi satu yang menyebabkan ibu teramat sibuk.. sebab baru launch sistem.. huhuhu... jenuh... apa pun dah lega skit sekarang ni...

Ok la just terus nak buat ucapan Salam Aidilfitri... Mohon Maaf kepada semua yang jika ada salah dan silap yang mana terasa hati, tercubit pipi.. terumpati dan yang semua..semuanya la... Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna kepada kita semua InsyaAllah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batim..








Baju raya in the making tiba-tiba.. ahaksss... gigih!!

Family Gath at Jerejak Island

Ok dah lama peram entry ni.. apakah..., just a quick update.. kena ada entry ni jugak sebab susah nak jalan-jalan ramai-ramai camni.

Jumaat 22 Jun 2012, genap Khalish 11 bulan dan 1st time kami keluarga cik som bercuti-cutian bersama-sama di pulau Jerejak. Bukan la plan kata nak buat family gath pun sebab memang selalu dok jumpa dah pun hujung minggu, saja letak tajuk macam best skit. Hehehehe
Punca utamanya sebab Groupon. Ibu dah terjebak dengan groupon ni. Maka alang-alang dah ada offer murah dekat jerejak ni dan dah ada niat nak bawak mak jalan-jalan maka trus beli dan bagitau la abg ngah, dia memang suka jalan-jalan ni.
Hari jumaat keja half day jer sebab plan nak nek bot kul 4.30. Balik keja trus balik rumah dulu packing.
Keluar rumah dalam pukul 3.45, pi amik Khalish terus singgah beli nasi mandy, hahaha untuk bekalan dinner malam nanti. Sampai jeti jerejak tu cun-cun jer kul 4.30. Budak-budak ni memang excited dah la, mau tak excited sebab ada geng, Abg Long Lukman, Iman, Afiq, Farish & si Khalish.. haha semua anak-anak teruneee..

Naik bot sekali dengan rombongan budak sekolah mana ntah, ada interview sorang budak tu  tapi tak dengar dia sebut sekolah apa. Best nyer budak-budak sekolah sekarang ni, pi buat aktiviti kat resort okeh....

Ok dah malas nak tulis pepanjang.. hahaha

Rombongan cik som at Jeti Jerejak


Dah sampai dah...Welcome to Jerejak
Dapat 1 bilik besar.. puas hati..tapi penganjur program dapat bilik paling kecik.. huhuhu
 
Budak seronok mandi kolam




Sesi berkelah selepas penat mandi manda..haha jimat bawak bekal dari rumah

Aktiviti cycling, pi tengok penjara pesakit kusta.. berpeloh jugak kayuh beskal nih.. ada aktiviti ni tak bosan sangat stay sini

Antara ahli rombongan
Next time bleh buat lagi aktiviti macam ni.. sangat seronok...