Tuesday, October 30, 2012

Entry Terabai : Busy yang membawa ke lupa diri

Entry yang tak kesampaian dihujung bulan yang lepas...



"Hahaha tajuk mau gempak yer.... Tajuk tu sebenarnya lebih kepada busy yang membawa ke lupanya annivesary. Huhuhu sedih sungguh.

Apakah itu bermaksud kadar daya ingatan ku semakin merosot kualitinya, atau ingatlah yang umur tu dah makin bertambah.

Bayangkan baru 3 tahun jer kawen bleh lupa tarikh kejadian. Huhuhuhu. Sedihkan. Bukan la nak gah-gah sambut ker apa. Sekadar wish je pun. Yang tu pun buleh lupa. Terukkan! Makin tua maknanya tu. sila beringat ya wahai diri sendiri.

Tapi tak la seteruk yang disangka. Minggu sebelum tu dah ingat tarikh tu. Niat dihati tu nak plan somethingla . Tapi disebabkan oleh ekaunter tu ler yang boleh lupa tarikh kejadian. Huhuhu. Punya pulun dok buat script sampai lupa anniversary. Huhu patutnya kena reward dapat APC tahun ni nih! Demi kerja kehidupan ku terabai. Kan...kan.."

gambar sekadar selingan : Budak ni pun dah besar.
APAKAH?

Monday, September 24, 2012

Mari mengenal haiwan!

Patutnya 2 entry tapi dah dicombinekan menjadi 1 entry sebab aktiviti yang sama dijalankan sempena cuti-cuti Malaysia.

Firstly sempena cuti hari Merdeka yang ke 55 haritu, bawak Khalish jalan-jalan kebun bunga sebab dah bosan seharian duduk dalam rumah. Tu yang ajak En. Khairil keluar jalan-jalan, bleh la Khalish kenal dunia luar sama yer tak ayahnya...
Sampai Taman Bunga ni pun dah lambat. Dah dekat pukul 6 dah. Taman Bunga ni terkenal la dengan monyet-monyet hutan Bukit Bendera tu. Khalish memang excited bila tengok monyet banyak tepi jalan tu. Asyik di tunjuk jari dia sambil sebut tu...tu....tu... Jalan-jalan pusing satu Taman Bunga tu, berpeluh la jugak. Sampai kat kawasan padang pimpin bagi Khalish jalan. Tu pun sangat excited konon macam dah pandai jalan. Hahahaha.
Pastu pulak masa turun KL kenduri rumah aunty Zana 1 sept haritu dah plan nak bawak Khalish jalan-jalan zoo tak pun aquaria kat KLCC. Bertolak ke Serdang hari jumaat tido rumah adik En. Khairil. Esoknya decide pi zoo sebab balik bak singgah tengok persiapan kenduri Rano tu. Konon macam nak tolong la. Hahaha. Konon je la.
Sampai zoo pun dah kul 1.30 sebab jalan jam, lagipun kuar pun dah lambat. Masuk kena RM20 sorang untuk dewasa. Khalish free sebab bawah 3 tahun. Masuk-masuk trus pi naik traun yang round-round zoo tu. Kena RM3 sorang plak untuk dewasa. Memang tak puas la nak tengok binatang sebab tak sempat nak amik gambar. Patutnya tak yah pun nek train tu. Jalan kaki ker. Lagi berbaloi. Tak sempat nak bagi Khalish tengok zirafah dengan gajah dekat-dekat. Sebab nak pusing jalan kaki patah balik macam jauh jer. Bawak Khalish tengok burung, yang tu dia excited sebab nampak burung tu dekat-dekat terbang dengan burung tu besar. Memang seronok la tengok. Mana-mana binatang yang dok gerak tu Khalish seronok la tengok, macam beruang, badak, seladang. Yang mana dok diam tu macam dia tak heran sangat. Masuk aquarium tengok ikan pun ok la. Nak tunggu tengok animal show kul 3 pun rasa macam lama sangat walaupun lagi setengah jam jer nak tunggu. Lagi pun dah terasa lapar dah sebab tak makan lagi. Nasib Khalish tak meragam lapar ker apa. Seronok tengok binatang kot.
Lepas tu dah skip tak tengok binatang area monyet, keldai semua tu. Trus jaln keluar. Kebetulan keluar ja hujan pun turun, nasib baik.... Memang betul la timing tu.
Memang seronok bawak Khalish tengok binatang ni. Nanti akan baw lagi. Pi Zoo Taiping plak kan..kan.. Hehehehe... Bleh kan En. Khairil. Ehem...ehem...
Ok jom layan gambar....

Wednesday, August 29, 2012

Raya.. raya.. raya....

Assalamualaikum,

Salam lebaran yang ke 11.. selalu terlambat nak update yer.. haha sakan beraya la maknanya tu...

Ok just a quick update in a point form jerr...

  1. Alhamdulillah tahun ni dah raya bertiga... nak kata preparation sakan-sakan untuk cik awang tu tak der pun sangat.. baju melayu sepasang dengan baju jalan-jalan 3 pasang..
    Dapat jugak sedondon beraya walaupun agak lambat hunting baju raya, main rembat jer baju melayu En.Khairil pastu time tu baru nak cari kain buat baju untuk ibu dan Khalish... nasib sempat siap jugak... semangat.. sampai malam raya dok jahit manik lagi..dan sangat berpuas hati sebab baju & tudung raya kali ni totally buat sendiri.. termasuk yang baju raya Khalish  hahahaha..
  2. Tahun ni giliran beraya di Sungai Petani untuk raya pertama.  Aktiviti kalau raya di Sungai Petani ialah pagi raya En. Khairil pi solat raya, lepas solat makan-makan. Abis makan acara salam bersalaman pastu menziarah kubur mak tok dan tok wan2. Tahun ni terus ajak En. Khairil terus ziarah kubur arwah ayah ibu jugak kat Tokun... haaa.. sepagi abih ziarah kubur.. Petang dan penat.. tido rest hahaha..
    Raya Kedua lawat mak tok sebelah mama di Taman Padimas.. malam raya rumah kawan ayah.. tu jer
    Raya ke tiga, pagi rest, petang bawak Khalish pi klinik sebabnya Khalish demam dari hari sebelum raya lagi.. huhu... tak baik-baik.. siang ok.. malam panas balik badannya...
  3. Raya ke empat balik Tokun,.. haa. balik Tokun sibuk skit... sampai petang .. ada orang mai rumah.. malam pun ada orang mai rumah.
    Raya ke lima.. pagi rest.. petang beraya rumah abg ngah... malam beraya rumah pak su
    Raya ke enam balik Sungai Petani kejap tengahari tu, malam pi beraya rumah pak lang & mak teh
    Raya ke tujuh pi kenduri di Pendang, balik tengok mak tok di hospital, malam beraya di rumah Pak ngah
    Raya ke lapan.. siang rest.. malam beraya rumah Kak pah.. trus balik penang.. esok  nya keja...
  4. Tu la jadual beraya tahun ni.. beraya kat Sungai Petani tu banyak rest la.. kat Tokun kata je rest tapi tak sangat pun.. ada je orang mai rumah... dah nama raya kan.. hehehe
    Kawan-kawan sekolah pun tak jumpa tahun ni...
Ok jom layan gambar raya....

Isteri solehah (~ _^)V

Nak duit raya...

Sesi photog wajib

Raya kedua... Khalish dan ibu still sedondon walaupun tak plan baju raya.. walau Khalish tak bapa sihat.. still maintain senyum

Plan nak sedondon anak ngan ayah sebenarnya.. tapi tersilap color.. hahaha.. sama material je.. boleh laa...





Wednesday, August 15, 2012

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Hahaha.. ntah apa-apa kan... tetiba baru nak update pasal family ghat tu... dok terperam kemain lama dalam entry post tu.. ni  dah sebulan lebih baru nak datang seru update balik.. hahahaha... adeh laa... pastu trus update 2nd entry plak tu ...Hahaha

Ok la cuma saja tak nak lepaskan peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan walaupun Ramadhan dah nak sampai ke penghujung nya... waaa.. sekejap je masa berlalu... hmmm Ramadhan kali ni.. ni kalu ke dua kami sambut bersama Khalish.. tahun lepas... ibu dalam pantang... tahun ni.. Khalish dah cukup setahun.. memang sibuk sikit la... sebab tu blog tak terupdate.. hehehehe.. dan lagi satu yang menyebabkan ibu teramat sibuk.. sebab baru launch sistem.. huhuhu... jenuh... apa pun dah lega skit sekarang ni...

Ok la just terus nak buat ucapan Salam Aidilfitri... Mohon Maaf kepada semua yang jika ada salah dan silap yang mana terasa hati, tercubit pipi.. terumpati dan yang semua..semuanya la... Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna kepada kita semua InsyaAllah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batim..








Baju raya in the making tiba-tiba.. ahaksss... gigih!!

Family Gath at Jerejak Island

Ok dah lama peram entry ni.. apakah..., just a quick update.. kena ada entry ni jugak sebab susah nak jalan-jalan ramai-ramai camni.

Jumaat 22 Jun 2012, genap Khalish 11 bulan dan 1st time kami keluarga cik som bercuti-cutian bersama-sama di pulau Jerejak. Bukan la plan kata nak buat family gath pun sebab memang selalu dok jumpa dah pun hujung minggu, saja letak tajuk macam best skit. Hehehehe
Punca utamanya sebab Groupon. Ibu dah terjebak dengan groupon ni. Maka alang-alang dah ada offer murah dekat jerejak ni dan dah ada niat nak bawak mak jalan-jalan maka trus beli dan bagitau la abg ngah, dia memang suka jalan-jalan ni.
Hari jumaat keja half day jer sebab plan nak nek bot kul 4.30. Balik keja trus balik rumah dulu packing.
Keluar rumah dalam pukul 3.45, pi amik Khalish terus singgah beli nasi mandy, hahaha untuk bekalan dinner malam nanti. Sampai jeti jerejak tu cun-cun jer kul 4.30. Budak-budak ni memang excited dah la, mau tak excited sebab ada geng, Abg Long Lukman, Iman, Afiq, Farish & si Khalish.. haha semua anak-anak teruneee..

Naik bot sekali dengan rombongan budak sekolah mana ntah, ada interview sorang budak tu  tapi tak dengar dia sebut sekolah apa. Best nyer budak-budak sekolah sekarang ni, pi buat aktiviti kat resort okeh....

Ok dah malas nak tulis pepanjang.. hahaha

Rombongan cik som at Jeti Jerejak


Dah sampai dah...Welcome to Jerejak
Dapat 1 bilik besar.. puas hati..tapi penganjur program dapat bilik paling kecik.. huhuhu
 
Budak seronok mandi kolam




Sesi berkelah selepas penat mandi manda..haha jimat bawak bekal dari rumah

Aktiviti cycling, pi tengok penjara pesakit kusta.. berpeloh jugak kayuh beskal nih.. ada aktiviti ni tak bosan sangat stay sini

Antara ahli rombongan
Next time bleh buat lagi aktiviti macam ni.. sangat seronok...

Sunday, July 22, 2012

Khalish is 1years old... Alhamdulillah

Alhamdulillah genap Khalish setahun harini. Syukur Khalish sihat sempurna. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh, yang taat dan sentiasa mendoakan ibu dan ayah, menjadi seorang muslim yang beriman dan beramal dijalan yang diredhaiNya.. insyaAllah.... Dan Alhamdulillah untuk kesekian kalinya...

Tuesday, July 3, 2012

Khalish & Khalish

Chuby mubby
like..like
'Tak heran la ibu'




'Dah biasa tengok dah....'

Ish...ish... budak ni...

Monday, July 2, 2012

Botak

Saya budak botak

Friday, June 22, 2012

Happy 11th month my little Khalish

Today genap Khalish 11 bulan. Hah tinggal sebulan jer lagi Khalish dah nak cukup setahun. Anak ibu dah besar.......

Progress Khalish :
Merangkak dengan advancenya
Dok bertatih sepanjang sofa kat rumah
Suka tarik rambut orang. Dekat hadanah pengasuh bagitau dia suka tarik rambut kawan. Kat rumah ibu selalu jadi mangsa. Haishhh...

Hope u will be a good son & muslim. Ameen......

Sayang anak ibu.

Saturday, June 16, 2012

Im gonna miss my son

Huhuhu 1st time nak tinggal Khalish untuk semalam atas urusan kerja. Ibu akan ke Kelantan esok, hari isnin tengah malam baru sampai rumah balik.
Harini duk stay penang ja. Tak keluar rumah pun. Main dengan Khalish puas-puas. Esok pagi dah nak bertolak, harapnya Khalish ok la. Harini pun Khalish asyik nak ngan ibu jer, dok manja-manja ngan ibu. Hai camna la nanti. Harap cepat la habis masa kat sana.
Khalish anak yang baikkan.... I will miss you. Sayang anak ibu

Friday, June 15, 2012

Pasta

Hari terajin skit buat pasta untuk Khalish dan pasta untuk ibu & ayah Khalish. Inspirasi resepi dari blog dr. Harlina wife Sheikh Muzaffar yang buat pasta untuk anak dia. Bahan- bahan tu dah cari minggu lepas dah dengan ummi Irfan kat Maidin. Ummi Irfan lagi semangat balik tu trus buat. Tapi ibu peram bahan sampai seminggu baru nak buat. Hehehe...
So tadi dah buat, memang sedap sampai sambil suap Khalish sambil ibu pun ngap sekali. Hehehe. .. Dah Khalish makan habis baru buat para bakar untuk ibu plak. Nyum..nyum....
Pasta Khalish
Pasta Ibu Khalish

Thursday, June 14, 2012

Tuesday, June 12, 2012

Projek baru

Semangat nak menjahit datang lagi. Harap kalini projek menjadi, hehe. Mana tau kot bleh buat bisnes ker, berangan dulu. Hahaha, berangan itu penting ya....

Wednesday, June 6, 2012

Lara Hati...

Tajuk kemain... tapi memang sedih betull.... niat suci murni untuk full breastfeed Khalish sampai setahun tak kesampaian.. niat besar memang nak sampai 2 tahun.. tapi berazam dulu nak full sampai setahun... sampai 6 bulan dah  berjaya... sambung pulak niat sampai setahun.. ujian datang lagi.. akhirnya.. ibu terpaksa pilih untuk bagi Khalish formula milk..

Memang salah ibu pun kali ni.. sebab tak jaga betul-betul dan tak disiplin.. memang betul tak disiplin.. malas dan tak ikut peraturan.. huhu.. sedih...dari padatnya icebox kat rumah tu dengan EBM untuk Khalish jer sampai terpaksa transfer balik simpan kat rumah maktok sama, sampai tak bleh nak beli ikan untuk ibu nak masak-masak semua. Peti ais atas tu just untuk simpan EBM jer.. sampai la pagi tadi ada sekeping ja EBM Khalish dalam icebox .. memang sedih...

Kalau tak tetiap pagi ibu akan bekalkan 4 botol EBM.. pagi tadi just 2 botol jer bersama-sama bekalan formula milk untuk bekalan Khalish harini..

So mulai dari sekarang kena berusaha bersungguh-sungguh dan berdisplin.. memang betul kena berdisplin...harapnya sekotak tu jer la Khalish minum. Lepas ni harap dapat full balik breastfeed Khalish.

Aja...aja... fighting.....!!!!

semangat ibu ni.... aja..aja....!!!

Monday, June 4, 2012

Trip to KL & Pahang

Alhamdulillah trip kali ni Khalish sihat walafiat..selamat jugak sampai ke KL setelah sekian lamanya... ibu kira-kira dah 2 tahun tak jejak kaki ke sana.. actually bukan ke KL.. tapi ke Serdang Selangor rumah adik en.Khairil.. so lalu la UPM.. mengimbau kenangan lalu.. cewahhh... hahahha... niat utamanya nak ke Jengka Pahang attend majlis kahwin bestfriend ibu, Cik ina yang kini dah bertukar menjadi Pn Ina.. kira orang last la yang menamatkan zaman bujang dalam group member yang paling kamceng masa study UPM dulu.

Ok jom shortcut kan ceritanya :

1 Jun 2012

Bertolak dari Penang ke Sungai Petani amik mama terus pecut ke Serdang dari kul 12tghari sampai kul 8 malam.. fuhh... berpeluh.. jem.. Lalu tepi pagar UPM sambil mengimbau kenangan lalu.. chewahh... Tido rumah adik en.Khairil Syida.. Khalish nye main ngan mak usu ngan along dia sampai kul 11 lebih baru nak tido..huhuhu

2 Jun 2012

Bertolak dari Serdang kul 10.. Khalish bangun lambat penangan tido lewat..sampai Jengka kul 1.. jijah, efa dengan naj dah sampai baru abih makan nasi. Reunion la sekejap...huhuhu.. masuk jumpa pengantin sekejap... datang jauh-jauh.. kejap je jumpaa.. tak best tul.. Petang check in kat Seri Malaysia Temerloh ngan naj.

3 Jun 2012

Dari Temerloh kul 10 jugak.. pakat tido sampai kul 7 hehehe.. gerak ke Bukit Tinggi.. mengimbau kenangan lalu jugak.. 2nd time ibu ke sana selepas gathering terakhir kami bujangan dulu. Dah alang-alang lalu.. singgah bawak Khalish jalan-jalan.. Sampai Serdang kul 4.. rehat kejap.. kul 6 betolak balik Penang.. Kul 12 mlm baru smp..

Tengok gambar lak bercerita

Efa, jijah, jijah hubby & salahuddin

naj(tengah khusyuk karang ayat dalam kad), naj hubby & my hubby

Gambar wajib bersama king & queen of the day.. anak efa comelll.. geram & Selamat Pengantin Baru Ina...
ooo sempat lagi kami bergambar tanpa pengantin.. hehehe

Kat Seri Malaysia Temerloh.. konon bajet nak ajar Khalish swimming macam anak Sheik Muzaffar.. hahaha...

At Japanese Village

Budak jepun sesat.. arigatho..haiiik!!

Khalish layan tengok ikan berenang-renang.. ayah in action..

Ibu plak in action.. Khalish layan tengok kolam lagi.. hehehe.. (gambar besar skit, ibu tayang tudung buatan sediri.. hehehe)

konon macam kat greece..hahaha

en Khairil & Khalish in action lagi konon mcam kat london

Last but not least.. mesti la Khalish in action... yang ni sempoi.... ibu suka... hahahhaa


Mission DOne!

Monday, May 28, 2012

My New Passion

Tadaaa.......



 

Dah hampir sebulan pun dapat gajah putih ni, memang sangat teruja nak tekan pedal kaki tu bila sampai rumah.. dan nak hasilkan sesuatu   hahaha... dan ini hasilnya selepas hampir sebulan tunggu nak siapkannya... akhirnya.... dapat beli gajah putih ni pun sebab hasil dari claim prudential akibat peristiwa perit tu... so untuk nak bagi sedap hati trus pi cari gajah ni lepas dapat claim.. hehehe..

Revisable bucket hat for little Khalish


Sumber material & patern :
Patern : sew much ado
Material :
  1. Fabrik kotak area fabrik untuk seluar lelaki kat kamdar dengan harga RM 12 semeter - kamdar
  2. Fabrik kosong linen cotton RM 8 semeter - kamdar, kain beli half meter each.. tu pun lebih banyak
  3. K & kereta, felt dari shopping blog yang seminggu lebih baru nak sampai.. membantutkan niat hati yang makin teruja nak siapkan mini projek ni..
dan ini model nya... hahahha.. patern terlebih besar dari saiz kepala model.. tak pe bleh pakai lama sampai besar nanti

jahitan agak tidak kemas, just nice bagi amatur macam saya.. ('_')v

 Sekian...