Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Welcome 2013

Assalamualaikum,

Sungguh panjang mencari semangat dan kudrat untuk menulis semula kat sini. Fuhhh... lap peluh di dahi dulu.... fhewww....

Ok.. apa dah jadi?

Hahaha... hormon badan mengganggu selama beberapa bulan untuk nak cari semula semangat nak membebel kat sini. Mood blog walking tu sentiasa ada, cuma nak membloging sendiri tu emosi sedikit tertanggu... maka terabaila buat sekian kalinya blog ini selama beberapa bulan...

Ok mula semangat baru....

11 hari melangkah ke tahun 2013, pasang niat baik-baik... mulakan dengan Basmallah... insyAllah... diharap semuanya berjalan lancar... Ameennnn....

Ok new update... untuk tahun 2013 ni Alhamdulillah, kami menunggu ahli baru dalam keluarga En. Khairil... yeaaaa.... Khalish nak jadi abang.... (punca utama hormon badan tertanggu..). InsyAllah.. dan bersedia mental ni.. dan harapnya fizikal dapat menerimanya dengan baik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar tahun 2013 ni.. Amennn.......

Update Khalish.. Abang to be... (kesian no update pasal Khalish bebulan-bulan yang lepas... my mistake)
1. Boleh start bejalan dengan jayanya pada umur 1 tahun 41/2 bulan membuatkan ibu sangat lega di situ.
2. Perkataan-perkataan  yang dah keluar dari mulutnya..  Tahniah ibu ucapkan.
        NAKKK,
        nanenen..,
        chut = kasut,
        bird,
        tuh = jatuh...
3. Dah paham apa orang mintak dia buat untuk beberapa arahan... bagus.. boleh mendengar dan memahami dengan jelas...

OK yang tu je kot.. huhuhu kesian kan... ibu macam ignore skit Khalish sebelum-sebelum ni... Khalish mangsa perubahan hormon badan ibu.. Maafkan ibu yer..

Ok itu jer.. just a quick update to warmup untuk permulaan tahun ini.

Sekian..


Tuesday, October 30, 2012

Entry Terabai : Busy yang membawa ke lupa diri

Entry yang tak kesampaian dihujung bulan yang lepas...



"Hahaha tajuk mau gempak yer.... Tajuk tu sebenarnya lebih kepada busy yang membawa ke lupanya annivesary. Huhuhu sedih sungguh.

Apakah itu bermaksud kadar daya ingatan ku semakin merosot kualitinya, atau ingatlah yang umur tu dah makin bertambah.

Bayangkan baru 3 tahun jer kawen bleh lupa tarikh kejadian. Huhuhuhu. Sedihkan. Bukan la nak gah-gah sambut ker apa. Sekadar wish je pun. Yang tu pun buleh lupa. Terukkan! Makin tua maknanya tu. sila beringat ya wahai diri sendiri.

Tapi tak la seteruk yang disangka. Minggu sebelum tu dah ingat tarikh tu. Niat dihati tu nak plan somethingla . Tapi disebabkan oleh ekaunter tu ler yang boleh lupa tarikh kejadian. Huhuhu. Punya pulun dok buat script sampai lupa anniversary. Huhu patutnya kena reward dapat APC tahun ni nih! Demi kerja kehidupan ku terabai. Kan...kan.."

gambar sekadar selingan : Budak ni pun dah besar.
APAKAH?

Wednesday, August 29, 2012

Raya.. raya.. raya....

Assalamualaikum,

Salam lebaran yang ke 11.. selalu terlambat nak update yer.. haha sakan beraya la maknanya tu...

Ok just a quick update in a point form jerr...

  1. Alhamdulillah tahun ni dah raya bertiga... nak kata preparation sakan-sakan untuk cik awang tu tak der pun sangat.. baju melayu sepasang dengan baju jalan-jalan 3 pasang..
    Dapat jugak sedondon beraya walaupun agak lambat hunting baju raya, main rembat jer baju melayu En.Khairil pastu time tu baru nak cari kain buat baju untuk ibu dan Khalish... nasib sempat siap jugak... semangat.. sampai malam raya dok jahit manik lagi..dan sangat berpuas hati sebab baju & tudung raya kali ni totally buat sendiri.. termasuk yang baju raya Khalish  hahahaha..
  2. Tahun ni giliran beraya di Sungai Petani untuk raya pertama.  Aktiviti kalau raya di Sungai Petani ialah pagi raya En. Khairil pi solat raya, lepas solat makan-makan. Abis makan acara salam bersalaman pastu menziarah kubur mak tok dan tok wan2. Tahun ni terus ajak En. Khairil terus ziarah kubur arwah ayah ibu jugak kat Tokun... haaa.. sepagi abih ziarah kubur.. Petang dan penat.. tido rest hahaha..
    Raya Kedua lawat mak tok sebelah mama di Taman Padimas.. malam raya rumah kawan ayah.. tu jer
    Raya ke tiga, pagi rest, petang bawak Khalish pi klinik sebabnya Khalish demam dari hari sebelum raya lagi.. huhu... tak baik-baik.. siang ok.. malam panas balik badannya...
  3. Raya ke empat balik Tokun,.. haa. balik Tokun sibuk skit... sampai petang .. ada orang mai rumah.. malam pun ada orang mai rumah.
    Raya ke lima.. pagi rest.. petang beraya rumah abg ngah... malam beraya rumah pak su
    Raya ke enam balik Sungai Petani kejap tengahari tu, malam pi beraya rumah pak lang & mak teh
    Raya ke tujuh pi kenduri di Pendang, balik tengok mak tok di hospital, malam beraya di rumah Pak ngah
    Raya ke lapan.. siang rest.. malam beraya rumah Kak pah.. trus balik penang.. esok  nya keja...
  4. Tu la jadual beraya tahun ni.. beraya kat Sungai Petani tu banyak rest la.. kat Tokun kata je rest tapi tak sangat pun.. ada je orang mai rumah... dah nama raya kan.. hehehe
    Kawan-kawan sekolah pun tak jumpa tahun ni...
Ok jom layan gambar raya....

Isteri solehah (~ _^)V

Nak duit raya...

Sesi photog wajib

Raya kedua... Khalish dan ibu still sedondon walaupun tak plan baju raya.. walau Khalish tak bapa sihat.. still maintain senyum

Plan nak sedondon anak ngan ayah sebenarnya.. tapi tersilap color.. hahaha.. sama material je.. boleh laa...





Wednesday, August 15, 2012

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Hahaha.. ntah apa-apa kan... tetiba baru nak update pasal family ghat tu... dok terperam kemain lama dalam entry post tu.. ni  dah sebulan lebih baru nak datang seru update balik.. hahahaha... adeh laa... pastu trus update 2nd entry plak tu ...Hahaha

Ok la cuma saja tak nak lepaskan peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan walaupun Ramadhan dah nak sampai ke penghujung nya... waaa.. sekejap je masa berlalu... hmmm Ramadhan kali ni.. ni kalu ke dua kami sambut bersama Khalish.. tahun lepas... ibu dalam pantang... tahun ni.. Khalish dah cukup setahun.. memang sibuk sikit la... sebab tu blog tak terupdate.. hehehehe.. dan lagi satu yang menyebabkan ibu teramat sibuk.. sebab baru launch sistem.. huhuhu... jenuh... apa pun dah lega skit sekarang ni...

Ok la just terus nak buat ucapan Salam Aidilfitri... Mohon Maaf kepada semua yang jika ada salah dan silap yang mana terasa hati, tercubit pipi.. terumpati dan yang semua..semuanya la... Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna kepada kita semua InsyaAllah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batim..








Baju raya in the making tiba-tiba.. ahaksss... gigih!!

Saturday, May 19, 2012

Happy Birthday En Khairil

Kemarin sambut birthday En.Khairil yang dah melangkah ke angka 3 sudahh.. Kek dah tempah dari kak zana, sedap kek nya... jumaat lepas kerja terus pi amik dengan Khalish. Konon macam nak buat suprise la.. haha simpan kek dalam bonet keta.. Malam lepas maqrib plan pi celebrate kat Burger King Promenade.

Masa semua dah siap keluar rumah, siap keluar pintu semua tutup la pintu.. tiba-tiba... bleh plak En Khairil kata kunci rumah dia tak amik, adik zahura pun tak bawak kunci.. hah!.. semua terdiam.. jenuh pikir nak buat camna..tak leh nak masuk rumah balik... nasib baik En Khairil ada skill nak membuka pintu guna kad, dia cuba-cuba.. hah nasib baik terbuka pintu tu... lega... waaa... memang bahaya pintu ni kalu tak kunci pintu pagar.. orang bleh masuk... lega sekejap kat situ bleh dah masuk rumah balik. So jadi pengajaran len kali ingat nak keluar rumah sila amik kunci siap-siap.. dan kunci pintu pagar sekali. Pengajaran Hari Ini...

Sampai kat burger king guna coupon  yang beli kat MyDeal. Dapat 2 biji burger, 1 fries , 1 coke dengan harga Rm19.90. ok la kan.. pastu add 1 lagi set burger sebab kami ada 3 orang. Pastu add ais krim dia macam sunday McD,, tapi tak sedap poonnn...not suggested. Khalish nyer makanan dah siap bawak bekal dari rumah.. just buat roti + apple + susu & stim. Hehehe kesian Khalish makan tu jer.. Dah siap semua.. konon nak buat suprise la tertinggal handphone dalam keta, nak pi amik kek.. alih-alih.. En. Khairil sendiri yang nak p amik hahaha... tak menjadi la... tak pe la.. janji wife ni ingat jugak nak beli kek yer...

 ok jom layan gambar...
Khalish dan Kek
Birthday Man
Family Potrait..hahaha..kelabu
Khalish dan mak su merangkap bibik sementara..hahaha

Khalish layan pemandangan malam tepi laut

Wednesday, March 14, 2012

Majlis Kenduri Kawen Cousin

Sabtu lepas 10 Mac 2012 ada event kenduri kawen cousin, anak perempuan tunggal mak lang yang bongsu.Masa majlis akad nikah nyer tak sempat nak pi sebab kerja... huhu.. sayang nak amik cuti sebenarnya.. hehehe.. Majlis buat kat dewan dan makan catering..makanya sedara mara.. pi cuci tangan.. makan jer.. pastu dok sembang huha-huha... best tul.. Petang jer buat kerja skit tolong bungkus-bungkus lauk yang tak habis. 

Ok malas nak story mory panjang-panjang... lets the picture tell the story.. chewaaah...


We are purple family
3 generasi
Khalish with wan
Sesi beramah  mesra
All moms, mama, mak, mak lang & mak ndak

Sesi photog ibu dan Khalish.. hahaha



Sesi photog lagi
Dan lagi.. suka yang ni.. (ibu yang telebih suka disitu)
Photo wajib bersama King n Queen of the Day (seperti tangga.. sila gelak besar)

Dan kami lagi.... yang ni pun suka dan juga seperti tangga... gelak besar lagi... dan Khalish tetap comel disitu
Last but not least...My Little Khalish





Monday, February 27, 2012

Cerita Hujung Minggu Lagi...

Ok weekend lepas kami pulang ke kampung halaman di Sungai Petani sebab mak usu khalish balik kampung jugak... dah Khalish jarang-jarang jumpa mak usunyer.. maka balik la jugak ke Sungai Petani walaupun minggu lepasnya dah balik pun Sungai Petani...

Kebetulan masa balik Sungai Petani, member en.Khairil iaitu uncle mil dan aunty wi turut pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, makanya petang tu kami buat gathering kecil-kecilan sebab dah lama tak jumpa... last jumpa masa en.Khairil jadi pengapit azmil masa dia kawen dulu..haha lawak pun ada .. pengapit berstatus kahwin ... selalunya pengapit pengantin mesti la bujang-bujangan kan.. tapi demi membalas budi dan jasa azmil yang jadi pengapit kami dulu ... terpaksa la en.Khairil menjadi pengapit semula.. hahaha.. ok itu cerita setahun yang dulu...

Petang tu kami jumpa kat RFC (Radix Fried Chicken) di Laguna, Sungai Petani. Kul 6.30 baru keluar rumah.. mula dah cakap ngan en.Khairil jumpa kat RFC Village Mall jer.. senang, depa pun tau nak pi situ.. ni tak.. nak jugak pi kat Laguna tu.. ..alih-alih.. 7.30 baru depa sampai sebab tak tau tempat tu kat mana.. jenuh menunggu... nasib Khalish ok jer.. dan nasib jugak RFC tu ada surau. Yang ibu ni dah lapar dah... siang tengahari tadi malu-malu nak tambah nasi.. hehe.. dah tu tak dan kul 8 malam dah lapar dah...bila dah depa mai.. baru nak pi order makan, pastu time tu la Khalish nyer time makan.. bawak la Khalish nyusu dulu kat surau.. en.Khairil jugak yang makan dulu.. huhu.. tak aci tul.. tak pa demi anak tak kisah la.. bagi Khalish susu dulu pastu gi tinggal balik kat en.Khairil, ibu pi solat. Lepas solat datang balik tengok aunty wi dukung Khalish, dah meleleh air mata, nangis .. hehehe.. nak ibu jugak la tu... dah ibu amik tu dia ok .. bagi susu kejap dia dah ok.. depa pi solat plak.. time ibu plak nak makan.. hehehe.. nasib Khalish ok ja duk dalam stroller dia.. bleh la ibu makan dengan tenang. Lepas depa solat sambung sembang lagi.. sampai kul 9 kot... baru balik... mari kita tengok rupa-rupa orang dah berkahwin.. hehehe...

uncle mil dan en.Khairil

ibu, Khalish dan aunty Wi


Dan Khalish dapat hadiah nih dari uncle mil dan aunty wi... Terima kasih uncle..aunty...

Esoknya relaks2 dulu kat SP petang baru balik lepas asar... on the way balik dok pikir nak makan apa... pikir nyer pikir.. last-last nasi mandy jugak pilihan en.Khairil.. so ke kedai biasa la Saba dekat bangunan Ivory belakang USM.. en.Khairil order nasi mandy, ibu order mee kungfu jer..

Jom layan nasi mandy dan mee kungfu..


Last but not least.. Khalish penunggu setia.. hehehe

Wednesday, February 22, 2012

Pizza oh Pizza

Ada apa dengan pizza.. hehe..

Kenapa harini sebut pasal pizza... sebabnya pagi-pagi buka emel, emel pertama yang dapat dari bos. Haa.. ingatkan arahan kena buat keja apa.. tapi ... bos foward voucher order pizza.. hehehe... lohhh.. baru jer semalam kami mengonline ordering pizza buat kesekian kalinya... ayoooo... apasal la bos tak foward awal-awal dari kemarin..

Tapi yang menakjubkan tu... sebabnya bos yang emel suh order pizza pagi-pagi ok.. hehe.. lawak pun ada.. rasa cam pelik pun ada... eh tak pelik la.. bos saya sempoi.. hehehe...

sumber bos... hehehe

Kalau tengok ni macam berbaloi-baloi jugak order yer.. tapi semalam order macam biasa online.. klik dan order... buy 1 free 1 nyer combo set, 2 large pan pizza.. RM28.. fikir-fikir balik kira.. macam vaucher ni untung jugak la sebab dapat soup lagi 6 mangkuk.. huhu.. best tu..

oo kenapa kami order pizza lagi buat kesekian kalinya... sebabnya ibu mertuaku dan kakak ipar datang rumah semalam nak tengok Khalish.. so order pizza jer, cepat dan mudah.. kat rumah tak dak apa yang nak dijamu.. pisang mas ada la kalau nak buat cekodok, tapi depa mai lepas maqrib, mesti tak makan lagi, kalau makan cekodok jer.. kenyang ker?

Tapi semalam balik aku masak jugak.. masak menu yang paling mudah.. daging blackpepper dan telur dadar... lagi satu resepi sangat senang dan jimat masa nak buat... bagi ibu-ibu bekerjaya seperti saya.. hehehe.. so kami pekena nasi dulu sebelum mak mertua ngan kak ipar sampai.. hehehe.. bila mama tanya kenyang ker makan pizza jer.. hehe... senyum.. jawab.. kenyang... makan 2 keping pun kenyang.. hehehe.. padahal dah pekenan nasi sorang sepinggan dah... tak baik kan... ala.. nak masak tak dak bahan kat rumah.. tapi paham la kan.. ibu bekerjaya dan beranak kecil.. mana sempat nak balik masak bagai... (alasan...)

ok itu jer cerita pizza untuk harini..

sekian...

Monday, February 13, 2012

Berhujung Minggu di Rumah Lagi...

Minggu ni.. tidak pulang ke kampung halaman.. maka berehat-rehat la kami bertiga dirumah..
Dan plan yang telah diatur pada minggu ni adalah...:
1. Kemas rumah... sapu dan mop lantai yerr...
2. Baking..... sangat tidak sabar..

Ok hari sabtu... niat untuk mencuci rumah tak kesampaian pun.. ntah apa yang dibuat sampai ke tengahari pun tak tau.. tengok-tengok jam dah kul 12.. so niat nak mengemas rumah, nak mengemop lantai tak kesampaian la.. petang.. dah tentu-tentu malas..hahaha... tengahari tu masak la jugak untuk kesekian kalinya..hehehe.. menu nya... masak cabai ikan goreng, sayur bayam goreng dan ikan kembong goreng.. itu sahaja.. cukup.. dan Air Bali.. ok bali yang dah sekian lama dibeli tapi tak direbus... hehehe

Petang tu.. aktiviti biasa di hari sabtu... ialah menonton cerita hindustan.. haha... layanzzz...

Lepas asar.. ajak En. Khairil pi market.. beli bahan-bahan yang tak cukup lagi untuk projek baking.. dengan berazam penuh nak baking malam tu la konon.. bila dah ke market tu ada la beli bahan-bahan untuk dapur skit mana yang tak cukup. Seronok pi market Batu Lanchang ni.. semua ada... dan yang best lagi ada gerai jual bahan-bahan bakery .. tu yang best...

Dah abih shopping skit-skit.. balik pusing tengok kedai baby kat Jalan Perak.. ada 2 butik baby kot situ.. singgah 1 butik tu nak beli breastmilk storage bag.. tapi tak der... balik dengan hati hampa.. kat rumah dah nak habis storage bag tu.. nanti nak kena pi jugak la Bebe's Home tu.. harap sana ada stok.

Malam tu balik.. niat nak membaking tu tak kesampaian jugak.. haha.. Khalish asyik nak suruh dukung jer.. saja la tu nak bermanja dengan ibu.. hehe.. maka simpan la dulu niat nak membaking.. dan menu untuk dinner malam tu ialah... online pizza hut.. hahaha... En. Khairil punya idea la ni.. mentang-mentang ibu jadi OKB kejap.. hihihi... trus order online pizza...

Bab mengorder pizza ni memang best.. mudah dan cepat.. memang boleh bagi 5bintang la dianya services.. dalm 30 min mesti sampai nyer lepas klik order.. tak perlu nak tunggu dengar iklan dulu ker.. tak yah nak cakap 2, 3 kali confirm ker kalu call 1-300-88-2525.. just view, klik dan tadaaa.. sampai pizzanya dalam masa 30min, kena ada line internet la yer dirumah anda.. hehe.. memang best.. dan bertambah best lagi.. kalu order online ni ada menu buy 1 free 1.. memang berbaloi-baloi...

Ni dah kali ke 3 rasanya kami order online, dan mesti order yang buy 1 free 1 nyer.. selalu order yang regular size hanya RM21 dapat 2 regular pan pizza.. ntah camna syok bajet jadi OKB kejap.. kali ni order yang buy 1 free 1 large nyer.. Rm 28.60 je .. haaa.. amik.. jenuh makan.. malam tu makan 2 keping jer dah kenyang.. selalu kalu beli yang regular size kena makan 3 keping baru kenyang.. Kali ni.. sampai lunch esoknya pun makan pizza lagi.. dinner, breakfast n lunch... pakej skali semua.. malam nyer dah tak lalu , nasib tinggal 1 keping je lagi..

Ooo hari Ahad baru mula operasi mengemas dan mencuci rumah sebabnya tak yah masak kan.. hehehe.. pizza siang malam. Maka bercuci dan bersinarla lantai rumah buat sekian kalinya.... Lega rasa tengok rumah clear ni....Lepas tu rajin pulak En. Khairil nak ubah kedudukan tv la, sofa la.. dia kata lain posisi tv, lain view rasa tengok tv tu..macam-macam... aku rasa.. sama jer.. hehehe

Maka petang tu semangat la nak membaking... niat di hati nak buat biskut ala-ala Famous Amos nyer choc chip.. tapi pandai-pandai sangat ubah resepinya.. jadi la biskut Famous Amos yang tak berapa nak famous ni.. hahaha.. Khalish pun tak buat hal.. dia tido lama .. memang bagus tak kacau ibu... siap jugak projek ibu ni.. dan tadaaa... hasilnya...

Ini la hasilnya kalau tak ikut arahan betul-betul dalam resepi... pandai-pandai sendiri dok adjust...

Ok berjumpa lagi entry seterusnya..

Friday, February 3, 2012

Model Sambilan



Sumber facebook Inai Photography Tasek Gelugor

p/s : sesiapa nak booking sila pm pengurus saya...:P

Thursday, August 19, 2010

Rumah KerajaanKu SyurgaKu

Waa.. dari title entry kali ni...just nak describe skit tempat tinggal aku buat masa skang ni dimana aku slalu mengabdikan diri dalam arena masak-memasak ni.. hehe.. bukan la kata dulu tak penah masak masa kat umah.. jarang-jarang skali ..hehe..biasa la balik keja dulu jauh.. dah smp2 penat.. mak pun ada kat umah.. dah tentu2 masakan mak lebih sedap (alasan...) so kesimpulanya.. jarang la masak masa duk umah di kampung halaman dulu..

Ok berbalik kepada cerita umah ku syurga ku skang ni.. Alhamdulillah aku dah tak yah berulang alik nek jembatan tiap2 hari dengan kos touch n go nek jembatan tu sebanyak RM5.60 sehari.. huhu.. dan kos minyak Cik Putih seminggu +-RM60... oo sangat banyak kos pengakutan ke tempat kerja. Kalu nek Cik Putih tu ok lagi bleh tahan... kalu nek En. Gen.. jenuh.. masa nek En. Gen aku tanggung kos touch n go manakal En. Khairil tanggung kos minyak.. hahaha.. adil kan... hidup mestila berkerjasama.. baru la bahagia.. hahaha..

Dulu sblum dapat menetap kat umah skang ni.. aku buat rotation tempat tinggal di kampung halaman setiap minggu..haha.. seminggu SP seminggu BM, adil dan saksama.. lebih kurang dalam 2 bulan gak dok merotate tempat tinggal nih..

Sebelum dapat umah yang dok skang ni, En. Khairil dah dapat umah teres, bila pi melawat umah tu... mak aii.. gerunnnnn... paham jer la umah quarters lama2 ni... hmm mmg tak berani la aku nak duk.. hehehe.. jual kat aku pun aku tak mau.. kalu nak bg kat aku... aku roboh buat len tak pa.. hehehe... menyeramkann... so mintak la En. Khairil apply len.. Alhamdulillah nasib dapat apartment skang.. ramai skit orang.. tak menyeramkan dah.. tapi masalanya.. aku smp skang pun blum brani tido sorang jugak kat umah tu kalu En. Khairil outstation.. hehehe.. takut terlebih plak.. padahal ada jer jiran duk sebelah ngan depan umah..

Alhamdulillah pada tanggal 28 Februari 2010 kami masuk umah baru.. lega skit tak yah merentas laut Selat Melaka dah.. ehehe.. tak la mabuk laut dah hari2..heheh..

Dan ini la rumahnya masa baru2 masuk dulu.. yang bestnya umahni mengadap ke arah masjid Negeri, dan nampak la bukit2 yang menghijau tu.. tapi kalu dapat tingkat lagi tinggi mesti lagi best.. bleh nampak lagi luas view. Kawasan bukit tu ada Taman Belia dan tempat tu la slalu dok pi beriadah hujung minggu sblum bulan puasa, hehe.. niat nak menjaga badan la.. Bukit Bendera sebelah kanan pada bukit yang nampak tu. Dan bangunan sekolah sebelah kanan tu la sekolah En. Khairil masa form 4 & form5 dulu.. kira macam istilah sirih pulang ke gangang la..haha ntah betul ker tak perumpamaan tu... dia pun sendiri tak sangka bila dah besar n dah kawen balik mai menetap kat situ jugak. N masjid Negeri tu dekat je pun, kalu jalan kaki tak smp 5 minit, so skang ni gi tarawih aku ngan En. Khairil jalan kaki jer. Skang ni Alhamdulillah dah ada barang umah skit, tak la makan bersila panggung dan beralas paper lama lagi dah.. upgrade skit makan kat meja..hehe.. emm tapi padahal duk umah kuartes ni banyak lagi kemudahan yang bleh dapat.. tapi tak tau. Sebenarnya perabut2 dalam umah tu bleh jer request kat JKR, so tak yah beli.. kalu nanti umah sndri baru la beli.. tapi dah terbeli dah pun.. sbb excited masuk umah baru..hahaha.. cuma alatan elektrik jer kena beli sndri. Tapi tak pa la, dah beli pun.. tapi bayar tak abih lagi..hehe emm kes perabut ni mmg kes yang malas nak ingat sbnrya... lain di order len yg dapat.. tak patut.. tak patut...

Dan ini pulak kawasan dapur dimana aku mengabdikan diri dalam arena masak memasak tu la.. hehe.. tapi tool nya tak lengkap lagi.. kena simpan duit beli skit2.. baru la bleh meluaskan bidang masakan aku nih..hahaha..berangan...

Untuk hobi terbaru aku lepas masuk umah ni.. bukan la hobi sebenarnya.. tapi cuba nak dijadikan hobi.. heheh.. ialah tadaaa...
Berkebun bunga di rumah.. hehehe.. saja la nak bg ada pokok2 skit, hijau2 skit dlm umah kan.. dan pokok serta pasu2 ni suma dirembat dari ayah En.Khairil, hahaha.. cuma pasu panjang tu jer beli sndri sbb excited nak tanam pokok bunga.. skang pokok bunga ni pun dah berkembang biak dan berbunga riang dengan banyaknya.. hajat nanti nak beli lagi pasu panjang tu bleh tanam sepanjang pagar balkoni tu.. baru meriahh.. tapi perlukan keazaman dan displin jugak dalam menanam pokok ni, kena siram dia.. kena cakap2 ngan dia.. huhu tapi aku sempat siram jer.. ujung minggu balik kampung.. maka terabai la pokok2 ni 2,3 hari.. dok mengharapkan hujan jer kalu turun.. kesian pokok aku...

Berbalik pada kedudukan umah ni kat area Masjid Negeri.. perkara yang paling tak best kat sini ialah.. TRAFFIC JAMM.. waaa.. tensionnnnn... actualy kedudukan umah ni tak la jauh pun dari ofis aku dan sngt la tak jauh dari ofis En. Khairil.. dia duk tengah2 tapi berat ke sebelah ofis En. Khairil, makanya.. tiap-tiap pagi aku akan ke selatan dan En. Khairil akan ke Utara untuk pegi keja.. kalu dikira dari jarak dan masa sebenar patut smp ke ofis aku ialah 15-20min jer.. En. Khairil nyer ofis plak amik masa kurang 5 min ja pun... tapi disebabkan traffic jam yang ntah bila bleh diselesaikan tu.. aku amik masa 30 - 40 min nak smp ofis... adooii... tiap2 pagi dimusim sekolah beroperasi..kalu cuti sekolah rasa macam heaven..legaaa.. hmm.. mmg kalu org tanya duk kat mana.. jawab jer area Masjid Negeri, suma dah tau masalah org kat situ.. huhuhuhu.. tapi tak pa la.. aku redha.. dah dapat jimat banyak dah duk pulau ni.. syukur..syukur.. masa sblum bawak Cik Putih duk penang, En. Khairil la nak kena pi hantar jemput aku keja..hehehe.. kesian dia.. pegi nak hantar jem, balik nak amik jem,.. kira dulu aku nyer rekod balik keja mmg hebat la.. kul 6 lebih baru balik.. rajin ooo... tapi kalu rekod punch in.. tetttttt.. paham2 jer laahh... nasib badan... dan rekod kedatang En. Khairil pun mesti agak buruk juga masa tu... tapi skang ni aku dah tak kacau dia dah... dia mesti bleh on time nya gi keja..

Dan skang rutin harian camtu la.. berubah skit time puasa ni.. aku amik waktu anjal 7.30 - 4.30.. alhmdulillah sharp waktu punch in n punch out aku.. hehehe... pagi2 dah tak leh nak buat camna dah.. tepat2 masa bleh smp kat ofis tu..

Kesimpulannya.. mmg rumah kerajaan ku skang ni syurga ku la.. hehehe... bila bleh nak ada umah sndiri ntahh.. InsyAllahh..

Friday, August 13, 2010

Angin Berblog Muncul Kembali

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Hah jangan terkezut... ni bukan sambungan dari salam Ramadhan 1430H lagi.. tapi dah Salam Ramahan 1431H dah.. ok sangat lama telah meninggalkan arena blogger ini.. hehe.. itu la.. org nak berblog, kita pun nak berblog.. tapi sudahnya.. bersawang abih blog ni..dah nak tumbang menyembah bumi dah..

Tapi tetiba semangat muncul kembali, dan semangat ni sebenarnya dah muncul dalam 2,3 bulan lepas lagi untuk kembali aktif.. tapi ntah.. apa yg dipikir'in pun ngak tahu... apa yg disibuk'in pun ngak tahu.. dan kesimpulan dari kesudahan tak berblog selama lebih kurang setahun ni.. banyak telah terjadi, kisah suka duka..pahit manis, tawar masin, dan sewaktu denganya dah berlaku kat aku.. dan aku sendiri tak mampu nak remind balik apa yang dah jadik.. cuma peristiwa-peristiwa bersejarah yang patut diingati tu nanti pelan2 aku story balik.

Dan sebenarnya.. niat utama aku nak mengupdate semula blog ini adalah bertujuan untuk memfokuskan blog ini kearah bidang 'MAKANAN & MASAKAN'..haha.. story mory about my life will be bahan-bahan sampingan jer.. itu tujuan sebenar.. oleh yang demikian, tajuk blog ini pun patut ditukar la... bab tajuk blog ni pun satu masalah jugak..hehehe... so untuk tidak menyusahkan kepala otak aku nak piki pasal tajuk tu.. bab tajuk boleh diabaikan dulu yer..

Dan bukanlah niat aku nak bgtau yang aku ni pandai masak, tetapi nak bagi semangat kat aku sendiri supaya rajin memasak.. huhuhu.. yer saya kena rajin memasakan ya.. oleh yang demikian, untuk makluman entry-entry masakan selepas ini adalah kaedah cuba jaya saya sahaja..

Ok aku listkan tujuan sebenar aku nak berblog skang ni :
1. Menyuntik semangat aku supaya rajin memasak!!!
2. Ingakan semula Masakan-masakan yang dah aku cuba try test itu
3. Makanan-makanan yang aku nak dan akan makan
4. Mendisplinkan diri pada satu2 perkara
5. Muhasabah diri/masakan aku..hehehe
6. Ada tempat untuk bercerita panjang-panjang dan suka suki..
7. To remind me wat i've done (ini sudah tentu la)

Dan bukan la aku berblog ni bertujuan untuk menceritakan kisah hidup pada orang lain.. tetapi just to share my knowledge with others walaupun knowledge aku ni tak seberapa mana.. but its still a knowledge yer.. sangat berharga ok.. dan sebab itu aku tak akan citakan kisah hidup aku as my main writing here..

Dan mengenai apa yang dah berlaku pada aku selama setahun ni .. tak perlu diceritakan semula.. just to list down here that :

1. Saya dengan sahnya telah menjadi Puan Siti Safra Jailani isteri kepada En. Mohammad Khairil Izwan Mansor pada tanggal 27 September 2009 bersamaan 8 Syawal 1430H
2. Masih menetap di Pulau Pinang dan bekerja di USM Kampus Induk
3. Dan masih berusaha untuk menjadi isteri dan anak yang solehah.. Aminnn...


haha.. so welcome... Chef Safra ... aja.. aja...