Showing posts with label Khalish. Show all posts
Showing posts with label Khalish. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Khalish is 1years old... Alhamdulillah

Alhamdulillah genap Khalish setahun harini. Syukur Khalish sihat sempurna. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh, yang taat dan sentiasa mendoakan ibu dan ayah, menjadi seorang muslim yang beriman dan beramal dijalan yang diredhaiNya.. insyaAllah.... Dan Alhamdulillah untuk kesekian kalinya...

Tuesday, July 3, 2012

Khalish & Khalish

Chuby mubby
like..like
'Tak heran la ibu'




'Dah biasa tengok dah....'

Ish...ish... budak ni...

Monday, July 2, 2012

Botak

Saya budak botak

Friday, June 22, 2012

Happy 11th month my little Khalish

Today genap Khalish 11 bulan. Hah tinggal sebulan jer lagi Khalish dah nak cukup setahun. Anak ibu dah besar.......

Progress Khalish :
Merangkak dengan advancenya
Dok bertatih sepanjang sofa kat rumah
Suka tarik rambut orang. Dekat hadanah pengasuh bagitau dia suka tarik rambut kawan. Kat rumah ibu selalu jadi mangsa. Haishhh...

Hope u will be a good son & muslim. Ameen......

Sayang anak ibu.

Saturday, June 16, 2012

Im gonna miss my son

Huhuhu 1st time nak tinggal Khalish untuk semalam atas urusan kerja. Ibu akan ke Kelantan esok, hari isnin tengah malam baru sampai rumah balik.
Harini duk stay penang ja. Tak keluar rumah pun. Main dengan Khalish puas-puas. Esok pagi dah nak bertolak, harapnya Khalish ok la. Harini pun Khalish asyik nak ngan ibu jer, dok manja-manja ngan ibu. Hai camna la nanti. Harap cepat la habis masa kat sana.
Khalish anak yang baikkan.... I will miss you. Sayang anak ibu

Thursday, June 14, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Khalish turn ten...

Alhamdulillah anak ibu dah membesar 10 bulan genap harini.. moga jadi mukmin dan anak yang soleh hendaknya..

Progress Khalish sekarang :
Baru nak belajar merangkak tapi..
Dah memanjat dengan jayanya...
Pandai dah buat macam-macam bunyian.. hehehe..

Seronok main kereta

Main dengan abang-abang sepupu.. tengok la apa yang abang iman buat.. Khalish ikut je la..

Abang iman yang suka buat muka cam tu

saya budak besar..

Sunday, April 22, 2012

Khalish Turn 9 months

Dah 9 bulan anak ibu ni.. makin banyak akalnya.. semoga menjadi anak yang soleh... Ameenn..

Jom layan Khalish baca buku..
corn.. jagung...
red tomato..
carrot...

Wednesday, March 28, 2012

Sesi selepas Campak

Sabtu lepas balik BM, Khalish dah hilang semua ruam campak nya. Mak suh Khalish berbedak... petua orang tua-tua.. so ikut je.. mak kata berbedak ni untuk tak bagi campak tu tak kena lagi.. kena cari 3 jenis daun, daun mambu, daun bunga melor dan daun setawaq. Tumbuk amik air dan bancuh dengan bedak. Pastu sapu semua badan dari rambut samapai kaki.. kena buat 3 kali, pastu baru boleh potong kuku semua.. maka jadi la Khalish macam tepung gomak.. hehehe..

Thursday, March 22, 2012

Happy 8 months Khalish...

Muka agak masam kena tinggal kat rumah
Saya dah 8 bulan harini...
Semoga jadi anak yang soleh, berani, cerdik dan dihormati
Ameennn....
 

Trip to KL has been canceled

Trip kali ni terpaksa jugak dibatalkan ... disebabkan keadaan Khalish demam yang agak teruk.., malam panas sampai 39. Ingatkan hari jumaat tu dah ok sebab dah makan ubat ikut time.. tapi memang demam dia tak mau kebah.. Nasib tak ikut jugak pi KL kalu tak kesian Khalish.

Hari jumaat tu petang bawak Khalish pi klinik kesihatan sebab suhu dia naik sampai 38. Tapi bila pi cek suhu kat klinik turun pulak jadi 36.6 jer.. pelik jugak.. macam tak betul jer termometer klinik tu..padahal pegang kepala Khalish panas jer.. macam mana bleh turun suhu plak.. pelik..pelik. Bila jumpa doktor, bagitau la suhu dia malam naik sampai 39, doktor dah suspek denggi.. suh la pi amik darah pulak.. adus.. kesian Khalish nak kena amik darah. Pi kat bilik rawatan  tu.. nurse nak amik darah tu dok kata la kesian baby.. ibu dah start nak sedih dah.. anak nak kena cucuk amik darah.. ada sorang MA sama tolong nak amik darah tu.. masa pegang tangan Khalish tu depa dok picit-picit cari urat. Depa kata payah baby ni sebab urat tak nampak. ibu dok tengok la depa dok picit-picit tangan Khalish tu. nurse tu suruh ibu tengok ke len.. nanti depa tak reti nak buat keja. lor... hmmm tak pa  la ibu tengok la kot len.. dah la kesian Khalish dah start nangis-nangis.. bila depa cucuk nak amik darah..Khalish nangis kejang-kejang la.. ibu dah sedih-sedih dah... Tengok-tengok tak bleh pun amik darah dia.. tak kena tempat.. Lepas tu depa try lagi sebelah kiri pulak. Khalish nangis lagi kuat.. tapi darah tak keluar jugak.. lor. kesian Khalish kena cucuk sampai dua-dua belah tangan tapi.. tak dapat jugak... pastu depa suh tunggu sat bagi doktor pulak buat.

Tunggu doktor kejap datang, dia tanya nak amik jugak ke atau nak balik monitor dulu. hmm baik balik dulu monitor.. kesian Khalish dok kena cucuk banyak-banyak kali.. doktor pesan monitor tengok sampai esoknya... kalu suhu dia dok naik turun lagi kena bawak jugak pi hospital amik darah. OK... doktor bagi ubat demam ja suh minum.

Balik rumah malam tu Khalish naik lagi suhu sampai 39..ibu dok jelum ja Khalish sampai ke pagi... memang risau betul suhu Khalish dok naik turun ni.. esok nya pagi tu suhu Khalish dah turun .. macam lega sikit.. siang tu suhu dia ok la tak tinggi sangat.... dok bagi makan ubat ikut jam la... harap sangat suhu dia tak naik tinggi sebab tak mau bawa dia pi hospital amik darah... Tapi malamnya.. suhu Khalish naik lagi... aduss... memang dah risau sangat la.. Esok pagi tu.. bawah Khalish pi HOPE.. Dr cek suhu masa tu Khalish still demam lagi. Bgtau la Dr tu kata dah bawak Khalish pi klinik kesihatan pastu diorang nak amik darah untuk cek denggi. Dr tanya balik mak ayah plan macam mana, nak stay wad ke tak. Kalau boleh tu memang tak mau la kan, padahal dah siap-siap bawak beg baju bagai macam nak kena duk wad..hehehe.. Dr kata dia amik darah cek dulu nanti petang datang balik tengok result. Ok lega. Dr tu amik darah senang jer.. tapi Khalish memang nangis kuat la, nasib kejap jer. Pastu Dr bagi ubat demam dengan ubat selesema ja.

Balik rumah tengahari bagi Khalish makan ubat demam ngan ubat selesema tu. Petang nya demam dia dah kebah. Ubat demam HOPE bagi 2.5ml jer, tapi ubat yg klinik kesihatan kena bagi sampai 4ml, tak kebah-kebah pun. Maybe kebetulan je kot petang tu memang demam Khalish dah nak kebah kot... petang nya HOPE tak call pun. Kami yang call balik tanya camna result tu. Takut jugak kot nanti malam suhu Khalish naik balik. Call Dr bagitau Alhamdulillah bukan denggi.. memang lega la. Cuma hemoglobin Khalish je rendah skit. ok la.. lega.. syukur sangat Alhamdulillah..

Bila demam Khalish dah kebah tu tengok muka dia nek bintik-bintik merah pulak.. makin lama makin banyak. Lepas magrib tu lagi banyak penuh muka.. dah risau dah... tapi demam dia dah kebab, suhu dah ok. Call mak tanya, mak kata mungkin kena campak sekam.. adeh.. kena campak la pulak. Risau balik. Kul 830 tu pi balikHOPE takut sebab ubat ke.. Bila jumpa Dr, dia kata ok tak dak apa, ni normal.. depa bagi istilah tu ruam-ruam naik tu CAMPAK PALSU... lor... hmmm.. lepas baby demam panas macam tu memang akan naik ruam macam tu.. dalam 2,3 hari akan hilang la ruam-ruam tu.. ok la lega skit..

Nasib kebetulan hari Isnin cuti lagi... bleh la jaga Khalish kat rumah.. naik habis ruam penuh muka, badan, tangan, kaki.. kesian pulak tengok.. memang asik nak berdukung jer Khalish, dia rasa tak selesa la kot badan penuh ruam macam tu. Pastu import tok mama dari SP mai jangan minggu ni. Tak mau hantar Khalish pi Hadanah lagi, bagi ok dulu ruam dia.

Tengok penuh ruam muka dengan tangan

Kadang masih aktif nak main

Monday, February 27, 2012

Cerita Hujung Minggu Lagi...

Ok weekend lepas kami pulang ke kampung halaman di Sungai Petani sebab mak usu khalish balik kampung jugak... dah Khalish jarang-jarang jumpa mak usunyer.. maka balik la jugak ke Sungai Petani walaupun minggu lepasnya dah balik pun Sungai Petani...

Kebetulan masa balik Sungai Petani, member en.Khairil iaitu uncle mil dan aunty wi turut pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, makanya petang tu kami buat gathering kecil-kecilan sebab dah lama tak jumpa... last jumpa masa en.Khairil jadi pengapit azmil masa dia kawen dulu..haha lawak pun ada .. pengapit berstatus kahwin ... selalunya pengapit pengantin mesti la bujang-bujangan kan.. tapi demi membalas budi dan jasa azmil yang jadi pengapit kami dulu ... terpaksa la en.Khairil menjadi pengapit semula.. hahaha.. ok itu cerita setahun yang dulu...

Petang tu kami jumpa kat RFC (Radix Fried Chicken) di Laguna, Sungai Petani. Kul 6.30 baru keluar rumah.. mula dah cakap ngan en.Khairil jumpa kat RFC Village Mall jer.. senang, depa pun tau nak pi situ.. ni tak.. nak jugak pi kat Laguna tu.. ..alih-alih.. 7.30 baru depa sampai sebab tak tau tempat tu kat mana.. jenuh menunggu... nasib Khalish ok jer.. dan nasib jugak RFC tu ada surau. Yang ibu ni dah lapar dah... siang tengahari tadi malu-malu nak tambah nasi.. hehe.. dah tu tak dan kul 8 malam dah lapar dah...bila dah depa mai.. baru nak pi order makan, pastu time tu la Khalish nyer time makan.. bawak la Khalish nyusu dulu kat surau.. en.Khairil jugak yang makan dulu.. huhu.. tak aci tul.. tak pa demi anak tak kisah la.. bagi Khalish susu dulu pastu gi tinggal balik kat en.Khairil, ibu pi solat. Lepas solat datang balik tengok aunty wi dukung Khalish, dah meleleh air mata, nangis .. hehehe.. nak ibu jugak la tu... dah ibu amik tu dia ok .. bagi susu kejap dia dah ok.. depa pi solat plak.. time ibu plak nak makan.. hehehe.. nasib Khalish ok ja duk dalam stroller dia.. bleh la ibu makan dengan tenang. Lepas depa solat sambung sembang lagi.. sampai kul 9 kot... baru balik... mari kita tengok rupa-rupa orang dah berkahwin.. hehehe...

uncle mil dan en.Khairil

ibu, Khalish dan aunty Wi


Dan Khalish dapat hadiah nih dari uncle mil dan aunty wi... Terima kasih uncle..aunty...

Esoknya relaks2 dulu kat SP petang baru balik lepas asar... on the way balik dok pikir nak makan apa... pikir nyer pikir.. last-last nasi mandy jugak pilihan en.Khairil.. so ke kedai biasa la Saba dekat bangunan Ivory belakang USM.. en.Khairil order nasi mandy, ibu order mee kungfu jer..

Jom layan nasi mandy dan mee kungfu..


Last but not least.. Khalish penunggu setia.. hehehe

Wednesday, February 22, 2012

My Little Khalish Turn 7th Months Today

Alhamdulillah... Khalish dah 7 bulan harini... alhamdulillah buat kesekian kalinya...

Dah banyak perangai sekarang ni... kalau kat rumah lepas balik kerja dah tak mau duduk sorang-sorang.. nak ada orang teman dia. Jenuh ibu kilik pi dapur sambil masak, kemas rumah.. adoiii..

Bila time balik dari Hadanah dah kenal ibu dari pintu masuk, dah senyum-senyum.. tapi bila lalu tak amik nangis.. pastu bila sampai kereta nak letak dalam carseat dia.. mula buat badan ngeliat-ngeliat tak mau duduk. Bila letak nangis macam sedih sangat.. adoi... jenuh..

Alhamdulillah anak ibu selama 7 bulan ni tak banyak sangat perangai.. syukur sangat.. semoga Khalish jadi anak yang sihat dan jadi orang yang soleh.. amenn...

Layankan peel Khalish di pagi hari..

Favourite Khalish main kain langsir..
Selalu pagi-pagi dalam kereta nak pi Hadanah macam ni la muka Khalish pastu nak sampai hadanah jer mesti dia tido.. kadang rasa macam kesian ja nak tinggal dia seharian kat sana bila tengok muka dia macam ni.. huhu.. tak pa la Khalish.. ibu pi kerja.. Khalish kena jaga diri baik-baik.. be a good boy ..
Happy 7th month old Khalish.. love u...