Thursday, March 22, 2012

Trip to KL has been canceled

Trip kali ni terpaksa jugak dibatalkan ... disebabkan keadaan Khalish demam yang agak teruk.., malam panas sampai 39. Ingatkan hari jumaat tu dah ok sebab dah makan ubat ikut time.. tapi memang demam dia tak mau kebah.. Nasib tak ikut jugak pi KL kalu tak kesian Khalish.

Hari jumaat tu petang bawak Khalish pi klinik kesihatan sebab suhu dia naik sampai 38. Tapi bila pi cek suhu kat klinik turun pulak jadi 36.6 jer.. pelik jugak.. macam tak betul jer termometer klinik tu..padahal pegang kepala Khalish panas jer.. macam mana bleh turun suhu plak.. pelik..pelik. Bila jumpa doktor, bagitau la suhu dia malam naik sampai 39, doktor dah suspek denggi.. suh la pi amik darah pulak.. adus.. kesian Khalish nak kena amik darah. Pi kat bilik rawatan  tu.. nurse nak amik darah tu dok kata la kesian baby.. ibu dah start nak sedih dah.. anak nak kena cucuk amik darah.. ada sorang MA sama tolong nak amik darah tu.. masa pegang tangan Khalish tu depa dok picit-picit cari urat. Depa kata payah baby ni sebab urat tak nampak. ibu dok tengok la depa dok picit-picit tangan Khalish tu. nurse tu suruh ibu tengok ke len.. nanti depa tak reti nak buat keja. lor... hmmm tak pa  la ibu tengok la kot len.. dah la kesian Khalish dah start nangis-nangis.. bila depa cucuk nak amik darah..Khalish nangis kejang-kejang la.. ibu dah sedih-sedih dah... Tengok-tengok tak bleh pun amik darah dia.. tak kena tempat.. Lepas tu depa try lagi sebelah kiri pulak. Khalish nangis lagi kuat.. tapi darah tak keluar jugak.. lor. kesian Khalish kena cucuk sampai dua-dua belah tangan tapi.. tak dapat jugak... pastu depa suh tunggu sat bagi doktor pulak buat.

Tunggu doktor kejap datang, dia tanya nak amik jugak ke atau nak balik monitor dulu. hmm baik balik dulu monitor.. kesian Khalish dok kena cucuk banyak-banyak kali.. doktor pesan monitor tengok sampai esoknya... kalu suhu dia dok naik turun lagi kena bawak jugak pi hospital amik darah. OK... doktor bagi ubat demam ja suh minum.

Balik rumah malam tu Khalish naik lagi suhu sampai 39..ibu dok jelum ja Khalish sampai ke pagi... memang risau betul suhu Khalish dok naik turun ni.. esok nya pagi tu suhu Khalish dah turun .. macam lega sikit.. siang tu suhu dia ok la tak tinggi sangat.... dok bagi makan ubat ikut jam la... harap sangat suhu dia tak naik tinggi sebab tak mau bawa dia pi hospital amik darah... Tapi malamnya.. suhu Khalish naik lagi... aduss... memang dah risau sangat la.. Esok pagi tu.. bawah Khalish pi HOPE.. Dr cek suhu masa tu Khalish still demam lagi. Bgtau la Dr tu kata dah bawak Khalish pi klinik kesihatan pastu diorang nak amik darah untuk cek denggi. Dr tanya balik mak ayah plan macam mana, nak stay wad ke tak. Kalau boleh tu memang tak mau la kan, padahal dah siap-siap bawak beg baju bagai macam nak kena duk wad..hehehe.. Dr kata dia amik darah cek dulu nanti petang datang balik tengok result. Ok lega. Dr tu amik darah senang jer.. tapi Khalish memang nangis kuat la, nasib kejap jer. Pastu Dr bagi ubat demam dengan ubat selesema ja.

Balik rumah tengahari bagi Khalish makan ubat demam ngan ubat selesema tu. Petang nya demam dia dah kebah. Ubat demam HOPE bagi 2.5ml jer, tapi ubat yg klinik kesihatan kena bagi sampai 4ml, tak kebah-kebah pun. Maybe kebetulan je kot petang tu memang demam Khalish dah nak kebah kot... petang nya HOPE tak call pun. Kami yang call balik tanya camna result tu. Takut jugak kot nanti malam suhu Khalish naik balik. Call Dr bagitau Alhamdulillah bukan denggi.. memang lega la. Cuma hemoglobin Khalish je rendah skit. ok la.. lega.. syukur sangat Alhamdulillah..

Bila demam Khalish dah kebah tu tengok muka dia nek bintik-bintik merah pulak.. makin lama makin banyak. Lepas magrib tu lagi banyak penuh muka.. dah risau dah... tapi demam dia dah kebab, suhu dah ok. Call mak tanya, mak kata mungkin kena campak sekam.. adeh.. kena campak la pulak. Risau balik. Kul 830 tu pi balikHOPE takut sebab ubat ke.. Bila jumpa Dr, dia kata ok tak dak apa, ni normal.. depa bagi istilah tu ruam-ruam naik tu CAMPAK PALSU... lor... hmmm.. lepas baby demam panas macam tu memang akan naik ruam macam tu.. dalam 2,3 hari akan hilang la ruam-ruam tu.. ok la lega skit..

Nasib kebetulan hari Isnin cuti lagi... bleh la jaga Khalish kat rumah.. naik habis ruam penuh muka, badan, tangan, kaki.. kesian pulak tengok.. memang asik nak berdukung jer Khalish, dia rasa tak selesa la kot badan penuh ruam macam tu. Pastu import tok mama dari SP mai jangan minggu ni. Tak mau hantar Khalish pi Hadanah lagi, bagi ok dulu ruam dia.

Tengok penuh ruam muka dengan tangan

Kadang masih aktif nak main

No comments: