Thursday, March 29, 2012

Perlu ke DLSR

Hari-hari dok berangan nak DSLR ni... huhu.. ntah kenapa memang sangat berminat nak bendalah ni seketul... cadangnya nak start simpan sebulan RM100 untuk beli benda ni seketul, kalu start simpan bulan ni, tahun depan dah boleh beli kan.. kan.. tapi bulan depan dapat duit kutu... hahaha... kepala dah macam nek tanduk... hehehe... simpan half la.. pastu half lagi guna untuk meronggeng..  so kena start menyimpan jugak la kalu betul-betul berhajat nak benda ni.. emmm

Tapi...... fikir nyer fikir.. penting sangat ke nak beli DSLR ni sebabnya... aku dah ada digital camera NIKON yang bleh capture 16mgpxl nyer gambar dengan boleh amik video HD lagi... dan camera ni baru je beli hujung tahun lepas... dan cuba tengok hasil capture camera ni...

Cantik tak

Dan yang ni... ok kan kualitinya
Jambatan Ke Dua Pulau Pinang in progress nun dihujung sana



Hmm... kalu gayanyer la gambar camni bleh amik.. tak perlu lagi la DSLR tu kan... kan... yg video nye plak memang best... tapi... nak dapat gambar macam atas ni agak payah la... jenuh nak snap...

Maybe sini nampak blur skit.. tapi quality HD memang tak boleh dibandingkan.... sangat best...

Banyak benda yang perlu dipertimbangkan kalu nak beli DSLR ni:
1. Sebagai ibu mesti payah nak usung ke sana sini dengan anak kecil yang sentiasa nak berdukung sambil mengalas DSLR kan..
2. Takkan nak usung ke mana sahaja ketul tu. Sebab penting untuk capture moment dimana sahaja
3. Ada big event baru sesuai nak bawak ketul tu kan, tapi perlu pertimbangkan point no 1 tadi.

Kebaikan DSLR :
1. Gambar yang cantik dan jelas
2. Kepuasan sebab ada styleee... hahahaha

Kebaikan Compact Digital Camera :
1. Mudah bawa kemana sahaja
2. Sambil beranak kecil pun mampu nak bersuka ria bergambar
3. Gambar yang cantik dan jelas kurang skit jer dari DSLR
4. Tiada kepuasan mengambil gambar sebab tak ada style... ceh..

Makanya... Adakah perlu mempunyai 2 benda yang mempunyai 1 fungsi yang sama dalam 1 masa dan perbezaannya hanya dari kepuasan dan keinginan sahaja... huhuhu maka perlu difikir-fikirkan lagi...

Wednesday, March 28, 2012

Puding Caramel Gula Hangus

OK menjadi juga puding caramel ni dihujung minggi yang lalu.. sangat mudah dan senang.. resepi inspirasi dari mommy ha.. hehe TQ  ya... ni la hasilnya...


Maka selepas ini haruslah mempunyai periuk kukus yer untuk membuat projek sebegini.... adoi bila la nak pi shopping-shopping di Bukit Kayu Hitam ker.. Padang Besar ker...hehehe macam la kat sini tak der jual periuk tu yer... hmm.. berangan sekejap...

Sesi selepas Campak

Sabtu lepas balik BM, Khalish dah hilang semua ruam campak nya. Mak suh Khalish berbedak... petua orang tua-tua.. so ikut je.. mak kata berbedak ni untuk tak bagi campak tu tak kena lagi.. kena cari 3 jenis daun, daun mambu, daun bunga melor dan daun setawaq. Tumbuk amik air dan bancuh dengan bedak. Pastu sapu semua badan dari rambut samapai kaki.. kena buat 3 kali, pastu baru boleh potong kuku semua.. maka jadi la Khalish macam tepung gomak.. hehehe..

Thursday, March 22, 2012

Happy 8 months Khalish...

Muka agak masam kena tinggal kat rumah
Saya dah 8 bulan harini...
Semoga jadi anak yang soleh, berani, cerdik dan dihormati
Ameennn....
 

Trip to KL has been canceled

Trip kali ni terpaksa jugak dibatalkan ... disebabkan keadaan Khalish demam yang agak teruk.., malam panas sampai 39. Ingatkan hari jumaat tu dah ok sebab dah makan ubat ikut time.. tapi memang demam dia tak mau kebah.. Nasib tak ikut jugak pi KL kalu tak kesian Khalish.

Hari jumaat tu petang bawak Khalish pi klinik kesihatan sebab suhu dia naik sampai 38. Tapi bila pi cek suhu kat klinik turun pulak jadi 36.6 jer.. pelik jugak.. macam tak betul jer termometer klinik tu..padahal pegang kepala Khalish panas jer.. macam mana bleh turun suhu plak.. pelik..pelik. Bila jumpa doktor, bagitau la suhu dia malam naik sampai 39, doktor dah suspek denggi.. suh la pi amik darah pulak.. adus.. kesian Khalish nak kena amik darah. Pi kat bilik rawatan  tu.. nurse nak amik darah tu dok kata la kesian baby.. ibu dah start nak sedih dah.. anak nak kena cucuk amik darah.. ada sorang MA sama tolong nak amik darah tu.. masa pegang tangan Khalish tu depa dok picit-picit cari urat. Depa kata payah baby ni sebab urat tak nampak. ibu dok tengok la depa dok picit-picit tangan Khalish tu. nurse tu suruh ibu tengok ke len.. nanti depa tak reti nak buat keja. lor... hmmm tak pa  la ibu tengok la kot len.. dah la kesian Khalish dah start nangis-nangis.. bila depa cucuk nak amik darah..Khalish nangis kejang-kejang la.. ibu dah sedih-sedih dah... Tengok-tengok tak bleh pun amik darah dia.. tak kena tempat.. Lepas tu depa try lagi sebelah kiri pulak. Khalish nangis lagi kuat.. tapi darah tak keluar jugak.. lor. kesian Khalish kena cucuk sampai dua-dua belah tangan tapi.. tak dapat jugak... pastu depa suh tunggu sat bagi doktor pulak buat.

Tunggu doktor kejap datang, dia tanya nak amik jugak ke atau nak balik monitor dulu. hmm baik balik dulu monitor.. kesian Khalish dok kena cucuk banyak-banyak kali.. doktor pesan monitor tengok sampai esoknya... kalu suhu dia dok naik turun lagi kena bawak jugak pi hospital amik darah. OK... doktor bagi ubat demam ja suh minum.

Balik rumah malam tu Khalish naik lagi suhu sampai 39..ibu dok jelum ja Khalish sampai ke pagi... memang risau betul suhu Khalish dok naik turun ni.. esok nya pagi tu suhu Khalish dah turun .. macam lega sikit.. siang tu suhu dia ok la tak tinggi sangat.... dok bagi makan ubat ikut jam la... harap sangat suhu dia tak naik tinggi sebab tak mau bawa dia pi hospital amik darah... Tapi malamnya.. suhu Khalish naik lagi... aduss... memang dah risau sangat la.. Esok pagi tu.. bawah Khalish pi HOPE.. Dr cek suhu masa tu Khalish still demam lagi. Bgtau la Dr tu kata dah bawak Khalish pi klinik kesihatan pastu diorang nak amik darah untuk cek denggi. Dr tanya balik mak ayah plan macam mana, nak stay wad ke tak. Kalau boleh tu memang tak mau la kan, padahal dah siap-siap bawak beg baju bagai macam nak kena duk wad..hehehe.. Dr kata dia amik darah cek dulu nanti petang datang balik tengok result. Ok lega. Dr tu amik darah senang jer.. tapi Khalish memang nangis kuat la, nasib kejap jer. Pastu Dr bagi ubat demam dengan ubat selesema ja.

Balik rumah tengahari bagi Khalish makan ubat demam ngan ubat selesema tu. Petang nya demam dia dah kebah. Ubat demam HOPE bagi 2.5ml jer, tapi ubat yg klinik kesihatan kena bagi sampai 4ml, tak kebah-kebah pun. Maybe kebetulan je kot petang tu memang demam Khalish dah nak kebah kot... petang nya HOPE tak call pun. Kami yang call balik tanya camna result tu. Takut jugak kot nanti malam suhu Khalish naik balik. Call Dr bagitau Alhamdulillah bukan denggi.. memang lega la. Cuma hemoglobin Khalish je rendah skit. ok la.. lega.. syukur sangat Alhamdulillah..

Bila demam Khalish dah kebah tu tengok muka dia nek bintik-bintik merah pulak.. makin lama makin banyak. Lepas magrib tu lagi banyak penuh muka.. dah risau dah... tapi demam dia dah kebab, suhu dah ok. Call mak tanya, mak kata mungkin kena campak sekam.. adeh.. kena campak la pulak. Risau balik. Kul 830 tu pi balikHOPE takut sebab ubat ke.. Bila jumpa Dr, dia kata ok tak dak apa, ni normal.. depa bagi istilah tu ruam-ruam naik tu CAMPAK PALSU... lor... hmmm.. lepas baby demam panas macam tu memang akan naik ruam macam tu.. dalam 2,3 hari akan hilang la ruam-ruam tu.. ok la lega skit..

Nasib kebetulan hari Isnin cuti lagi... bleh la jaga Khalish kat rumah.. naik habis ruam penuh muka, badan, tangan, kaki.. kesian pulak tengok.. memang asik nak berdukung jer Khalish, dia rasa tak selesa la kot badan penuh ruam macam tu. Pastu import tok mama dari SP mai jangan minggu ni. Tak mau hantar Khalish pi Hadanah lagi, bagi ok dulu ruam dia.

Tengok penuh ruam muka dengan tangan

Kadang masih aktif nak main

Thursday, March 15, 2012

Selamat Bercoti-cotian....

Ok esok ibu, ayah dan Khalish akan bercotian-cotian.. hehe.. sibuk jugak nak bercuti time cuti sekolah ni yer.. macam la Khalish dah bersekolah... demi saranan dari bos supaya bercuti pada minggu ini, maka ibu pun mengambil kesempatan untuk turut bercuti-cuti.

Dah lama niat nak bercuti ni dan niat sebenarnya nak berjalan-jalan keluar dari penang ni... hehe... ayat bunyi macam dah bosan jer yer duk dalam penang ni.. hahaha.. Kebetulan hujung minggu ni ada Majlis Sambut Menantu kenduri kawen cousin minggu lepas tu kat Selangor.. dah alang-alang kan... maka jadi alasan utama la nak ajak En.Khairil gi jenjalan, tambah lagi aritu masa Majlis Sambut Menantu anak pak ngah di Langkawi tak leh nak pi kan.. makanya kali ni dah tak leh tolak la kan...kan.... no more alasan la..

Makanya sangat teruja ibu nak buat preparation untuk Khalish yang dah nak masuk 8 bulan ni nak bawak jalan-jalan jauh. Ibu yang telebih seronok yer.. nak jalan-jalan.. hahaha... Dah siap beli food jar nak bawak bekal makanan Khalish. Beli kasut baru untuk Khalish. Beli sayur-sayuran untuk buat frozen food untuk Khalish... semangat kan.. dah ada anak kecik ni kena la prepare semua tu..

Tapi yang tak bestnya.. Khalish demam pagi tadi.. huhuhu.. tiba-tiba je demam.. Rasanya demam nak boleh merangkak kot.. huhu.. InysAllah Khalish sihat cepat-cepat yer.. anak ibu nak besar tu...Hai... kalu dah anak demam perlu jugak ke excited nak jalan jauh-jauh ni.. hmmm... ok harap Khalish cepat sembuh.. nanti nak pi jumpa along ngan mak usu kat sana..

Ok daa.. sehingga berjumpa lagi....

Wednesday, March 14, 2012

Majlis Kenduri Kawen Cousin

Sabtu lepas 10 Mac 2012 ada event kenduri kawen cousin, anak perempuan tunggal mak lang yang bongsu.Masa majlis akad nikah nyer tak sempat nak pi sebab kerja... huhu.. sayang nak amik cuti sebenarnya.. hehehe.. Majlis buat kat dewan dan makan catering..makanya sedara mara.. pi cuci tangan.. makan jer.. pastu dok sembang huha-huha... best tul.. Petang jer buat kerja skit tolong bungkus-bungkus lauk yang tak habis. 

Ok malas nak story mory panjang-panjang... lets the picture tell the story.. chewaaah...


We are purple family
3 generasi
Khalish with wan
Sesi beramah  mesra
All moms, mama, mak, mak lang & mak ndak

Sesi photog ibu dan Khalish.. hahaha



Sesi photog lagi
Dan lagi.. suka yang ni.. (ibu yang telebih suka disitu)
Photo wajib bersama King n Queen of the Day (seperti tangga.. sila gelak besar)

Dan kami lagi.... yang ni pun suka dan juga seperti tangga... gelak besar lagi... dan Khalish tetap comel disitu
Last but not least...My Little Khalish





Friday, March 2, 2012

Gadget for Breasfeeding Activities


Ok apa gunanya benda alah ni untuk aktiviti breastfeeding yer... hehe.. sanggup beli ni.. orang beli benda ni selalu untuk sapa-sapa yang buat bisnes kerepek pisang ker.. kerepek ubi ker.. biskut-biskutan time raya ker.. tapi.. aku beli khas untuk aktiviti breastfeeding.. hahaha.. dan guna nya adalah untuk.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mempacking susu dalam plastik susu yang tak berzip lock.. menjimatkan wang dan space dalam peti ais yer..

Plastik susu You Have A Baby ni murah lagi dari Autumz nyer.. tapi aku dok guna Autumz la sblum ni dah dalam 6 kotak rasanya habis.. Autmunz nyer memang senang sebab ada double zip lock.. yang You Have A Baby ni murah sebab kena ikat guna getah sendiri.. sebab tu murah.. dan kenapa aku kata ia jimatkan wang.. sebenarnya ia memang akan menjimatkan wang kalu beli gadget ni dari awal dan guna plastic You Have A Baby, kira kes aku ni tak jimat jugak la.. kira baru mula nak berjimat la...

You Have A Baby : 100 keping = RM 23
Autumz : 100 keping = RM 41

Banyakkan bezanya tu...

Sealer : RM 49 (mahal gak yer)

Tapi kalu dari segi jangka panjang.. memang jimat lagi la kalau guna plastik You Have A Baby dengan adanya sealer ni dari Autmunz.. kan..kan...

Dan kenapa You Have A Baby ni lagi jimat space sebabnya.. plastik dia kecik skit dari Autumz..

So saya akan mula berjimat dan harapnya production susu pun akan sentiasa maintain dan bertambah hendaknya...

Aja...aja.....fighting...