Esoknya bersahur just ad on telur gorang tambah kicap.. hehehe.. mudah dan pantas.Hari jumaat plak dah siap plan2 nak balik masak apa. Google carik resepi ikan siakap masak stim. Sangat mudah nak masak ikan siakap masak stim ni.
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (potong 3 sebab tak muat pinggan)1 biji tomato
1/2 biji carrot
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 inci halia
5 biji cili api
1 biji limau nipis
1 batang serai diketuk2
serbuk lada
gula & garam
sos tiram
Dan cara nak buat ikan siakap masak stim ini sangat mudah tak yah tumis2 ke apa ker ..
1. Gaul ikan + garam + gula(skit jer) + sos tiram letak dalam pinggan
2. Potong semua bahan2 yang len tadi, bawang tomato, cili tabur atas ikan
3. kukus/stimkan ikan tadi selama 30 minit.
Siappp.. tadaaaa...
Bukan 1 yer yg saya masak untuk berbuka aritu.. tersangat rajin plak aritu, dah ada 5 menu nak makan..hehhe1. Ikan siakap masak stim
2. Ikan kembung goreng
3. Kicap limau
4. Bihun goreng
5. Cucur jagung
waa.. aku bangga sat.. hehe.. sbb masak banyak.. hahaha.. tapi kesudahanya bihun tu tak abih pun, mula rasa mcm skit rendam bihun nak goreng, dah tambah2 haa... tudiaa.. jenuh nak makan, aku makan separuh pun tak sampai.. huhu.. membazir.. En. Khairil dah tentu2 makan nasi. Esok pagi goreng balik bihun tu pun makan tak abis jugak.. emm.. dah membazir kat situ.. huhuhu.. perkara tidak patut diamalkan!
Esoknya cutii.. yeaa.. lega tak yah iron baju...:D hahaha.. sangat suka kalu tak yah iron baju.. esoknya bleh qada tido balik ..hehehe.. tgahari tu dok piki nak buat apa plak nak bawak balik kampung.. rasa mcm tak der apa jer bahan yang tinggal kat dapur, plan nak gi beli kat pasar ramadhan jer la.. tetiba teringat nak buat karipap aritu tak jadik2 lagi.. nasib bahan suma cukup untuk buat karipap tu, so mula la projek buat Karipap Kentang Sardin..hehehe En. Khairil pun lega tak yah gi pasar Ramadhan..huhu.. dia mmg tak suka pi tempat ramai2 tu.
Ok bebalik pada projek buat karipap tadi, mula la mengumpul semua bahan2 untuk buat karipap tu dan bahan2nya ialah :
Bahan untuk inti :3 biji kentang
1 tin kecil sardin
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah
1 biji limau nipis
Majerin untuk menumis
Garam secukup rasa
Potong dadu2 kecil kentang tu pastu gaul ngan rempah & garam, aku suka suki tambah rempah hahaha.. dah la letak rempah ikan.. kira hentam jer la, pastu potong bawang merah, putih untuk menumis. Sardin tu lenyek2 dulu buang tulang dia dan perah limau bagi hilang bau hanyir ikan tu. Bawang besar ngan cili potong untuk bg banyak bahan lagi dalam inti tu dan bagi rasa pedas, nak pedas lagi tambah lagi cili. Nak tumis guna majerin, baru ada bau len skit.. tumis la bawang merah tadi smpai nek bau, pastu masuk kentang dulu, masak kentang tu bg lama skit sbb kentang ni keras, jangan sampai lembik plak. Pastu masuk la sardin ngan bawang besar tadi. So siap la inti karipap sardin ku..hehehehe..
Dah siap inti karipap, teruskan projek buat kulit karipap plak. Bahan-bahan untuk kulit ni skit jer iaitu :
2 cawan tepung gandum.. cukup la untuk inti karipap dengan 3 biji kentang tu, tapi aku ni kes tepung tak cukup, inti telebih, kurang dlm 3 keping kulit lagi ja untuk pair ngan inti tu..huhu.. makanya simpan ja dlm peti ais lebihan inti tu dengan harapan akan sambung buat lagi bila rajin..tettt...3 sudu besar majerin yang dicairkan
Air
Panas dulu majerin bagi cair, pastu masuk dalam tepung gaul2 rata, dah rata suma baru masuk air. Air tu ikut la agak2 bleh jadi doh untuk buat kulit kan.. kira pepandai aku la.. hahaha..
Ok dah siap suma inti dan kulit, untuk step seterusnya ikuti user manual dibawah, hahaha :
Tgk aku recycle jer barang2 kat umah tu untuk buat penggolek kulit karipap.. haha.. bekas botol kicap.. sbb dah tak beli lagi penggolek yg sebenar.. so jangan la buang barang, botol ker tin ker atau apa jer yang rasa bleh recycle nanti..hahaha..jimattt.. maka projek aritu berjaya la jugak.. last bawak balik kampung S.Petani dan goreng kat sana.. hasil nyer tak sempat nak amik gambar.. huhu.. dan rasanya.. emm bleh tahan laa... projek pertama tuu.. buat karipap ..hahaha.. agak berbangga jugak sekejap.. hahaha...so next projek.. em.. kueh kacang... aritu dah buat projek cucur keria tapi tak dan nak amik gmbr.. huhu.. oo dalam perancangan banyak lagi projek ni, buah melaka la, ketayap la.. macam2.. haha.. tak pa2, plan2 nanti buat.. oo semalam dah penat kukur kelapa smp sebiji setengah dengan niat nak buat bubur kacang dan kueh kacang, bubur kacang jadik jugak akhirnya.. tapi semalam tarawih... selamat... lepas maqrib trus pengsan..huhu.. sedar2 En. Khairil dah balik.. pastu sambung lagi pengsan.. sedar balik kat kul 12.. huhu.. penangan mengukur kelapa sampai sebiji setengah.. rasakan...
emm.. arini nak masak apa plak yerr... google aa...
to be continue on next entry..
















