Apa dah jadi.. apa nak jadi..
sampai sekarang tak update lagi...apa nak jadi...........
hahaha... sampai situ jer yer... itu la apa la nak jadik dengan saya ni, entah kemana hilang semangat dan masa yang yang disemai benih dulu, fuhh.. bermadah helah sungguh...
ok untuk kesekian kalinya... kali ni akan buat speed update apa yang dah jadi selama lebih kurang setahun lebih menghilangkan diri selama ni.
kisah bermula selepas Hari Raya Aidiladha 1431H (baru perasan yang tajuk entry selepas raya tu silap tahun hijrah, sepatutnya Cerita selepas Raya 1431H ) tahun 2010 dan sekarang telah menjelang Muharram 1433.. sudah melangkau 2 tahun hijri... apala motif kan...
ok secara ringkasnya,
- lepas raya 2010 - awal Disember 2010 dapat berita gembira.. yang sangat gumbira.. disahkan mengandungkan Khalish dan due date nyer pada 4 Ogos 2011.. Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa... Alhamdulillah
- start minggu ke-8 pregnant dah mula muntah-muntah.. morning sickness yang agak teruk sampai berat turun 3 kilo.. oh dugaan sungguh masa tu, masuk bulan ke 5 dah agak stabil, tapi Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Khalish, ibu amik mc 2 kali jer sebab tak larat sangat
- 14 May 2011, scan kat Pearl dapat tau dalam perut adalah baby boy... sangat jelas Khalish tunjuk yang anak sulung ibu itu boy , hehehe.. sebelum doktor cakap 'He is a boy', ibu dah dapat tau dulu bila tengok skrin tu.
- Masuk bulan ke 7 dah mula beli barang-barang baby dan benda pertama yang ibu beli untuk Khalish masa tu ialah botol susu sedozen, haha banyakkan. Sebabnya ibu telah membuat keputusan untuk fully breastfeed Khalish nanti, jika diizinkan Allah sehingga Khalish 2 tahun dan yang menakjubkan masa bulan ke 7 ,8 tu air susu dah kuar sikit-sikit.
- Masuk bulan ke 8 jer dah tak sabar nak tunggu time deliver tu, berdebar-debar rasa tak tau macam mana nanti nak sakit. Masa tu dengar kawan-kawan yang mengandung dah selamat pun bersalin… mesti diorang dah lega dah rasa, tapi ibu yang dok tertungu-tunggu macam tunggu bulan nak jatuh, huhuhu.. tapi masa minggu ke 35 Khalish dalam perut, ibu bawak Khalish pi kurus ESQ sama, haha.. masa tu mesti Khalish sangat terkejut dok dengar bunyi kuat-kuat.. anak ibu memang hebat la dalam perut dah pi ESQ
- Check up minggu ke 37, tetiba nurse perasan perut tak naik banyak, refer doctor, kata air ketuban sikit, makanya kena refer terus ke Maternity Hospital (MH) Penang next weeknya.
- 19 Julai 2011- checkup kat MH dan keputusan yang tak disangka-sangka petang tu kena admit terus wad.. waaa.. sangat terkejut.. doctor kata petang kena admit, esoknya kena masuk ubat dipaksa untuk bersalin. Macam-macam dalam kepala dok fikir masa tu. En. Khairil pun macam terkejut bila doctor tu kata petang kena admin wad. Huhuhu..berserah je la.
- Petang 19 Julai 2011 dalam pukul 6 register masuk wad, mula dapat kelas 3 sebab kelas 1 dan 2 full, malam tu baru transfer ke kelas 2, kelas 1 dah tentu-tentu full. Esok pagi kena scan lagi sekali untuk confirm betul ke air ketuban tu sikit, dah confirm, pukul 11.30 pagi kena masuk ubat sebijik. Petang tu dah mula rasa contraction.. oo masa tu Tuhan saja yang tau rasa sakit contraction macam mana, mak dating petang melawat mintak urut belakang bagi kurang rasa sakit tu sikit. Malam tu dok jalan kaki ulang alik, kononya nak bagi cepat buka. Nasib malam tu boleh tidur jugak sebab contraction dah tak rasa sangat. Esoknya pukul 6.30 kena masuk lagi sekali ubat, dan yang peliknya tak la rasa contraction plak sepanjang pagi tu, makanya tengahari tu kena masuk lagi 1 ubat. Masuk ubat ke 3 tu, start pukul 3 petang tu dah datang balik contraction tu, aduhhh… sabar jer… tapi Khalish tak nak kuar jugak lagi masa tu, petang tu doctor pakar nak paksa jugak bagi Khalish keluar, masa tu ya Allah…. Sakit yang tak tau nak cerita macam mana sampaikan kena amik ubat tahan sakit. Malam tu sampai dok merangkak atas katil nak tahan contraction. Sempat jugak telelap kejap. Esok pagi nya Jumaat 22 Julai 2011 bersamaan 20 Syaaban 1432H ibu dah kena turun ke labor room sebab doctor dah tak nak tunggu lama, doctor nak pecahkan air ketuban walaupun masa tu Khalish tak mau keluar lagi. Dalam labor room tu ibu dok berjuang dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 3 petang, tapi Khalish tetap tak mau keluar lagi, makanya doctor buat pilihan untuk temukan jugak Khalish dengan ibu dengan kaedah operation (pilihan yang ibu tak pernah sangka ibu kena amik dan ibu tak penah study pasal ni). Tapi demi nak menyelamatkan Khalish ibu ikut jer kata doctor tu. Tepat pukul 4.01 petang, Khalish dah keluar dari perut ibu.. Alhamdulillah syukur… saya dah jadi ibu… Alhamdulillah…
- Khalish dengan ibu kena stay kat wad sampai hari Rabu baru bleh keluar. Alhamdulillah masa Khalish dengan ibu kat wad, nasib ibu boleh handle Khalish sorang-sorang walaupun sebelum tu ibu tak penah nak handle baby-baby kecil ni. Dulu anak sedara dah besar-besar baru berani nak dukung..hehehe.. pastu Ibu dan Khalish balik berpantang di rumah mak tok kat BM. Dan pengalaman menyusu ibu akan ceritakan dalam entry khas nanti.
- Waktu berpantang ibu sangat menguji minda betul sebab dalam bulan puasa..huhu.. sabar jer la. Lepas abih pantang bawak balik Khalish balik SP seminggu kemudian balik Penang balik. 3 malam je kot duk rumah quartes, ibu terpaksa balik BM sebab kena buat minor operation sebab breast abscess .. oh itu pengalaman yang sangat menggerunkan. Hampir seminggu ibu kena admit wad balik… oo ujian lagi..
- Lepas discaj, ibu kena buat dressing sampai 3 minggu, hampir sebulan baru baik luka ibu tu.. memang ujian. Stok susu untuk Khalish masa tu pun dah abih, nasib masa ibu pantang dulu dah buat stok banyak-banyak. 5 malam je ibu admit wad, cukup-cukup je stok susu tu.. kuasa Allah… cukup jugak rezeki Khalish.
- Lepas seminggu baik luka tu ibu dah kena masuk kerja, kembali bertugas untuk Negara.. hehehe.. Khalish pun Alhamdulillah dapat masuk Hadanah dan boleh lah ibu melawat Khalish bila rasa rindu time2 rehat tu kan.
Dan sekarang dah 2 bulan ibu kembali bertugas dan Khalish pun dah membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah.. sekian untuk entry kali ini.. sekadar menyegarkan minda.. hehehe
