Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Mari mengenal haiwan!

Patutnya 2 entry tapi dah dicombinekan menjadi 1 entry sebab aktiviti yang sama dijalankan sempena cuti-cuti Malaysia.

Firstly sempena cuti hari Merdeka yang ke 55 haritu, bawak Khalish jalan-jalan kebun bunga sebab dah bosan seharian duduk dalam rumah. Tu yang ajak En. Khairil keluar jalan-jalan, bleh la Khalish kenal dunia luar sama yer tak ayahnya...
Sampai Taman Bunga ni pun dah lambat. Dah dekat pukul 6 dah. Taman Bunga ni terkenal la dengan monyet-monyet hutan Bukit Bendera tu. Khalish memang excited bila tengok monyet banyak tepi jalan tu. Asyik di tunjuk jari dia sambil sebut tu...tu....tu... Jalan-jalan pusing satu Taman Bunga tu, berpeluh la jugak. Sampai kat kawasan padang pimpin bagi Khalish jalan. Tu pun sangat excited konon macam dah pandai jalan. Hahahaha.
Pastu pulak masa turun KL kenduri rumah aunty Zana 1 sept haritu dah plan nak bawak Khalish jalan-jalan zoo tak pun aquaria kat KLCC. Bertolak ke Serdang hari jumaat tido rumah adik En. Khairil. Esoknya decide pi zoo sebab balik bak singgah tengok persiapan kenduri Rano tu. Konon macam nak tolong la. Hahaha. Konon je la.
Sampai zoo pun dah kul 1.30 sebab jalan jam, lagipun kuar pun dah lambat. Masuk kena RM20 sorang untuk dewasa. Khalish free sebab bawah 3 tahun. Masuk-masuk trus pi naik traun yang round-round zoo tu. Kena RM3 sorang plak untuk dewasa. Memang tak puas la nak tengok binatang sebab tak sempat nak amik gambar. Patutnya tak yah pun nek train tu. Jalan kaki ker. Lagi berbaloi. Tak sempat nak bagi Khalish tengok zirafah dengan gajah dekat-dekat. Sebab nak pusing jalan kaki patah balik macam jauh jer. Bawak Khalish tengok burung, yang tu dia excited sebab nampak burung tu dekat-dekat terbang dengan burung tu besar. Memang seronok la tengok. Mana-mana binatang yang dok gerak tu Khalish seronok la tengok, macam beruang, badak, seladang. Yang mana dok diam tu macam dia tak heran sangat. Masuk aquarium tengok ikan pun ok la. Nak tunggu tengok animal show kul 3 pun rasa macam lama sangat walaupun lagi setengah jam jer nak tunggu. Lagi pun dah terasa lapar dah sebab tak makan lagi. Nasib Khalish tak meragam lapar ker apa. Seronok tengok binatang kot.
Lepas tu dah skip tak tengok binatang area monyet, keldai semua tu. Trus jaln keluar. Kebetulan keluar ja hujan pun turun, nasib baik.... Memang betul la timing tu.
Memang seronok bawak Khalish tengok binatang ni. Nanti akan baw lagi. Pi Zoo Taiping plak kan..kan.. Hehehehe... Bleh kan En. Khairil. Ehem...ehem...
Ok jom layan gambar....

Wednesday, August 15, 2012

Family Gath at Jerejak Island

Ok dah lama peram entry ni.. apakah..., just a quick update.. kena ada entry ni jugak sebab susah nak jalan-jalan ramai-ramai camni.

Jumaat 22 Jun 2012, genap Khalish 11 bulan dan 1st time kami keluarga cik som bercuti-cutian bersama-sama di pulau Jerejak. Bukan la plan kata nak buat family gath pun sebab memang selalu dok jumpa dah pun hujung minggu, saja letak tajuk macam best skit. Hehehehe
Punca utamanya sebab Groupon. Ibu dah terjebak dengan groupon ni. Maka alang-alang dah ada offer murah dekat jerejak ni dan dah ada niat nak bawak mak jalan-jalan maka trus beli dan bagitau la abg ngah, dia memang suka jalan-jalan ni.
Hari jumaat keja half day jer sebab plan nak nek bot kul 4.30. Balik keja trus balik rumah dulu packing.
Keluar rumah dalam pukul 3.45, pi amik Khalish terus singgah beli nasi mandy, hahaha untuk bekalan dinner malam nanti. Sampai jeti jerejak tu cun-cun jer kul 4.30. Budak-budak ni memang excited dah la, mau tak excited sebab ada geng, Abg Long Lukman, Iman, Afiq, Farish & si Khalish.. haha semua anak-anak teruneee..

Naik bot sekali dengan rombongan budak sekolah mana ntah, ada interview sorang budak tu  tapi tak dengar dia sebut sekolah apa. Best nyer budak-budak sekolah sekarang ni, pi buat aktiviti kat resort okeh....

Ok dah malas nak tulis pepanjang.. hahaha

Rombongan cik som at Jeti Jerejak


Dah sampai dah...Welcome to Jerejak
Dapat 1 bilik besar.. puas hati..tapi penganjur program dapat bilik paling kecik.. huhuhu
 
Budak seronok mandi kolam




Sesi berkelah selepas penat mandi manda..haha jimat bawak bekal dari rumah

Aktiviti cycling, pi tengok penjara pesakit kusta.. berpeloh jugak kayuh beskal nih.. ada aktiviti ni tak bosan sangat stay sini

Antara ahli rombongan
Next time bleh buat lagi aktiviti macam ni.. sangat seronok...

Monday, June 4, 2012

Trip to KL & Pahang

Alhamdulillah trip kali ni Khalish sihat walafiat..selamat jugak sampai ke KL setelah sekian lamanya... ibu kira-kira dah 2 tahun tak jejak kaki ke sana.. actually bukan ke KL.. tapi ke Serdang Selangor rumah adik en.Khairil.. so lalu la UPM.. mengimbau kenangan lalu.. cewahhh... hahahha... niat utamanya nak ke Jengka Pahang attend majlis kahwin bestfriend ibu, Cik ina yang kini dah bertukar menjadi Pn Ina.. kira orang last la yang menamatkan zaman bujang dalam group member yang paling kamceng masa study UPM dulu.

Ok jom shortcut kan ceritanya :

1 Jun 2012

Bertolak dari Penang ke Sungai Petani amik mama terus pecut ke Serdang dari kul 12tghari sampai kul 8 malam.. fuhh... berpeluh.. jem.. Lalu tepi pagar UPM sambil mengimbau kenangan lalu.. chewahh... Tido rumah adik en.Khairil Syida.. Khalish nye main ngan mak usu ngan along dia sampai kul 11 lebih baru nak tido..huhuhu

2 Jun 2012

Bertolak dari Serdang kul 10.. Khalish bangun lambat penangan tido lewat..sampai Jengka kul 1.. jijah, efa dengan naj dah sampai baru abih makan nasi. Reunion la sekejap...huhuhu.. masuk jumpa pengantin sekejap... datang jauh-jauh.. kejap je jumpaa.. tak best tul.. Petang check in kat Seri Malaysia Temerloh ngan naj.

3 Jun 2012

Dari Temerloh kul 10 jugak.. pakat tido sampai kul 7 hehehe.. gerak ke Bukit Tinggi.. mengimbau kenangan lalu jugak.. 2nd time ibu ke sana selepas gathering terakhir kami bujangan dulu. Dah alang-alang lalu.. singgah bawak Khalish jalan-jalan.. Sampai Serdang kul 4.. rehat kejap.. kul 6 betolak balik Penang.. Kul 12 mlm baru smp..

Tengok gambar lak bercerita

Efa, jijah, jijah hubby & salahuddin

naj(tengah khusyuk karang ayat dalam kad), naj hubby & my hubby

Gambar wajib bersama king & queen of the day.. anak efa comelll.. geram & Selamat Pengantin Baru Ina...
ooo sempat lagi kami bergambar tanpa pengantin.. hehehe

Kat Seri Malaysia Temerloh.. konon bajet nak ajar Khalish swimming macam anak Sheik Muzaffar.. hahaha...

At Japanese Village

Budak jepun sesat.. arigatho..haiiik!!

Khalish layan tengok ikan berenang-renang.. ayah in action..

Ibu plak in action.. Khalish layan tengok kolam lagi.. hehehe.. (gambar besar skit, ibu tayang tudung buatan sediri.. hehehe)

konon macam kat greece..hahaha

en Khairil & Khalish in action lagi konon mcam kat london

Last but not least.. mesti la Khalish in action... yang ni sempoi.... ibu suka... hahahhaa


Mission DOne!

Friday, May 4, 2012

Jalan-jalan Ipoh & Tambun

Hujung minggu lepas telah ke Ipoh, 1st time Khalish jalan jauh skit dari penang.. hehe.. Ke kenduri sepupu En. Khairil. Alang-alang dah ke sana  hari Sabtu trus plan nak stay Ipoh dan jalan-jalan Tambun esoknya.. Lepas kenduri ziarah kubur adik ayah En. Khairil kat Gopeng, pastu singgah kejap rumah adik Aunty Zana baru check in hotel.

Kami stay kat Ritz Garden, amik 3 room Apartment. Ok la servis dia... kira len kali bleh datang lagi la sebab rate nye yang berbaloi-baloi, dapat RM360 jer gov rate, kalu rate biasa RM 450, kira 1 bilik RM120 jer include breakfast untuk 6 orang. Kami amik 1 extra bed RM55. Ok la kan.. Tapi yang tak bestnya.. tak guna pun facilities yang ada kat situ. Tak sempat.. Layan gambar je la...

Bagus amik apartment sebab ada kitchen, siap masak bubur untuk Khalish untuk bekal nak masuk Tambun nanti

Sebenarnya ni 4 rooms apartment, sebab time booking dah penuh, diorang lock 1 bilik dan yang best lagi setiap bilik ada tv

Tak sempat nak rendam Khalish dalam pool ni, tu Khalish buat muka sedih..

Ada cinema sebelah bilik, masuk free jer tapi tayang 1 movie je sehari.

Budak seronok nak jalan-jalan
 Next here we are at Tambun
Nak jugak bergambar dengan rakun ni.. Khalish relaks jer

Khalish memang relaks sungguh tengok menatang-menatang tu

Sangat banyak ikanyer.. blup..blup...

Masuk tambun dari pukul 11 sampai pukul 4.30 baru keluar. Tapi tak sempat pun nak rendam Khalish dalam air.. mula masuk round-round masuk petting zoo la .. dah abih round rehat kejap bagi Khalish makan, pastu dia tido.. tido kejap je pun, dah bangun nak bawak pi rendam air nak hujan pulak.. makanya ibu dan ayah jer berendam.. nak jugak.. hahaha.. eh mesti... masuk mahal tu...

Next time kita jalan tempat len plak yer.. ayah... kenyit mata skit...

Sunday, April 15, 2012

Homedec 2012

Hujung minggu ni dah booking awal-awal dah dengan En.Khairil nak ke Homedec kat PISA. So memang beliau tidak boleh menolak dan memberi alasan lain la sebab dah berminggu-minggu ibu mengingatkan diri sendiri dan juga En.Khairil nak ke Homedec ni bagi menebus balik program haritu nak ke MegaHome nye expo tak kesampaian kan dek Khalish terkena demam campak PALSU tu.. waaa.. panjang nafas nak menghabiskan ayat nih...

Kenapa sibuk sangat nak ke Homedec ni yer... haha macam la dah ada rumah sendiri yang nak kena hias bagai kan.. tapi tetap nak menyibukan diri nak pi tengok apa yang ada kat sana dan nanti boleh la balik berangan-angan selepas mendapat idea kat sana nanti.. hahaha... Kot-kot la nanti ada banyak contoh-contoh homedeco yang cantik-cantik kan... dan niat dihati pun just nak cuci mata je.. cash dalam poket pun tak dak  buat bekal.. hahaha..

Bila sampai sana kereta dah penuh.. waaa.. ramai orang nih.. masuk dalam memang banyak la boothnye... banyak jual wall paper, tile lantai.. tilam mahal-mahal.. huhu.. lampu lip-lap cantik-cantik.. memang betul-betul cuci mata je... haha.. bila masuk kat main arena.. lalu-lalu ada plak booth ni jual vacuum cleaner.. hmm walaupun cash tak dak dalam tangan tak bleh pecaya gak... debit card kan ada.. adehh.. kuar jugak RM199.. huhu... tak pa la dah lama hajat dihati nak vacuum kan.. bleh la..

 Ok la jugak harga dia Dari RM388 jadi RM199.. bleh la.. bleh la menghabiskan duit ibu dan En.Khairil.. hahaha.. ok jugak sebab vacuum ni save ruang nak menyimpan nyer.. tak dak la besar sangat dan senang nak assemble dan cuci alat-alat dia.. serta mampu menyedut habuk dengan begitu baik sekali..

Sekejap berangan kalau ada pool macam ni kat rumah.. bestnyer laaa


Dan kesian cik awang ni.. nasib baik jer dok dalam ni..


Monday, April 2, 2012

Mari Beriadah di Hujung Minggu

Niat nak beriadah bersama-sama Khalish tu dah lama. Minggu last balik SP sebelum Khalish demam tu pun dah siap-siap nak keluar beriada di Taman Jubli, tapi keadaan tak mengizinkan hujan pagi tu.. makanya minggu lepas ni tertunai jugak hajatnya.. Tok mamanya yang semangat nak bawak cucu joging-joging taman jubli.. hehe.. ibu hanya semangat nak gi jalan-jalan jer.. hahaha...

Dulu masa lepas kawin ada la 2,3 kali datang joging Taman Jubli ni.. masa tu kemudahan untuk bersenam tu just ada track joging dan playground kanak-kanak skit. Semalam pi sana dah naik taraf skit, playground baru.. alat senaman baru, track joging pun dah cantik... Yang bestnya lagi ada tasik.. ada mini zoo.. ada la kandang rusa, sangkar helang.. ok la kalau hujung-hujung minggu nak datang rest bawak anak-anak beriadah.....

Ok jom layan gambar...


Khalish dan wan sedang bersembang

Khalish naik kapal

Khalish main gelongsor

Bunga jejarum

Rusa         

Thursday, March 15, 2012

Selamat Bercoti-cotian....

Ok esok ibu, ayah dan Khalish akan bercotian-cotian.. hehe.. sibuk jugak nak bercuti time cuti sekolah ni yer.. macam la Khalish dah bersekolah... demi saranan dari bos supaya bercuti pada minggu ini, maka ibu pun mengambil kesempatan untuk turut bercuti-cuti.

Dah lama niat nak bercuti ni dan niat sebenarnya nak berjalan-jalan keluar dari penang ni... hehe... ayat bunyi macam dah bosan jer yer duk dalam penang ni.. hahaha.. Kebetulan hujung minggu ni ada Majlis Sambut Menantu kenduri kawen cousin minggu lepas tu kat Selangor.. dah alang-alang kan... maka jadi alasan utama la nak ajak En.Khairil gi jenjalan, tambah lagi aritu masa Majlis Sambut Menantu anak pak ngah di Langkawi tak leh nak pi kan.. makanya kali ni dah tak leh tolak la kan...kan.... no more alasan la..

Makanya sangat teruja ibu nak buat preparation untuk Khalish yang dah nak masuk 8 bulan ni nak bawak jalan-jalan jauh. Ibu yang telebih seronok yer.. nak jalan-jalan.. hahaha... Dah siap beli food jar nak bawak bekal makanan Khalish. Beli kasut baru untuk Khalish. Beli sayur-sayuran untuk buat frozen food untuk Khalish... semangat kan.. dah ada anak kecik ni kena la prepare semua tu..

Tapi yang tak bestnya.. Khalish demam pagi tadi.. huhuhu.. tiba-tiba je demam.. Rasanya demam nak boleh merangkak kot.. huhu.. InysAllah Khalish sihat cepat-cepat yer.. anak ibu nak besar tu...Hai... kalu dah anak demam perlu jugak ke excited nak jalan jauh-jauh ni.. hmmm... ok harap Khalish cepat sembuh.. nanti nak pi jumpa along ngan mak usu kat sana..

Ok daa.. sehingga berjumpa lagi....