Kenapa sibuk sangat nak ke Homedec ni yer... haha macam la dah ada rumah sendiri yang nak kena hias bagai kan.. tapi tetap nak menyibukan diri nak pi tengok apa yang ada kat sana dan nanti boleh la balik berangan-angan selepas mendapat idea kat sana nanti.. hahaha... Kot-kot la nanti ada banyak contoh-contoh homedeco yang cantik-cantik kan... dan niat dihati pun just nak cuci mata je.. cash dalam poket pun tak dak buat bekal.. hahaha..
Bila sampai sana kereta dah penuh.. waaa.. ramai orang nih.. masuk dalam memang banyak la boothnye... banyak jual wall paper, tile lantai.. tilam mahal-mahal.. huhu.. lampu lip-lap cantik-cantik.. memang betul-betul cuci mata je... haha.. bila masuk kat main arena.. lalu-lalu ada plak booth ni jual vacuum cleaner.. hmm walaupun cash tak dak dalam tangan tak bleh pecaya gak... debit card kan ada.. adehh.. kuar jugak RM199.. huhu... tak pa la dah lama hajat dihati nak vacuum kan.. bleh la..
Ok la jugak harga dia Dari RM388 jadi RM199.. bleh la.. bleh la menghabiskan duit ibu dan En.Khairil.. hahaha.. ok jugak sebab vacuum ni save ruang nak menyimpan nyer.. tak dak la besar sangat dan senang nak assemble dan cuci alat-alat dia.. serta mampu menyedut habuk dengan begitu baik sekali..
Sekejap berangan kalau ada pool macam ni kat rumah.. bestnyer laaa
Dan kesian cik awang ni.. nasib baik jer dok dalam ni..


No comments:
Post a Comment