Alhamdulillah untuk kesekian kalinya, niat ibu untuk menyusukan Khalish fully breastfeed selama 6 bulan pertama akhirnya tercapai jugak. Khalish berjaya membesar bagai johan selama 6 bulan ni dengan hanya susu ibu sepenunya tanpa susu formula. Ibu sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan ibu membesarkan Khalish sampai ke hari ni.
So entry ni khas ibu nak ceritakan kisah dan pengalaman sepanjang ibu breastfeed Khalish selama 6 bulan ni. Ada tragedi yang sangat menyiksakan lepas habis berpantang haritu yang nak dijadikan peringatan. Dalam entry 'apa nak jadi' tu dah cerita skit-skit peristiwa yang jadi masa tu, kali ni akan detailkan apa yang terjadi sebenarnya.
Pasal breasfeed ni ibu sangat la zero knowledge masa sebelum mengandung dulu, cuma dok tengok ibu-ibu kat ofis ni yang cekal dok pump hari-hari. Masa tu tak la pulak berminat nak amik tahu. Bila dapat result positif mengandung, mula la dah pasang niat nak breastfeed jugak nanti, tambahan ada rakan seperjuangan, ummi Hajar sama yang jadi geng sama-sama belajar nak breastfeed nanti. Dan tak disangka, kebetulan masa mengandung tu ada staf yang buat kelas pasal breastfeed ni dan rupa-rupanya beliau adalah kaunselor laktasi.. memang sangat bertuah la masa tu, dapat pendedahan awal dari orang yang pakar. Cumanya dapat masuk kelas dia sekali ja. Tak kisah la.. asalkan dapat belajar benda baru. Selain tu dok baca dalam internet pasal BF ni, memang banyak maklumat, cuma gunanya jer pakcik Google tu, semua dihujung jari. Masa tu dah mula dok ushar-ushar blog ibu-ibu yang berjaya dalam breasfeeding ni... makanya sangatla bersemangat masa tu.
Ilmu sebanyak mungkin dikutip masa tu tetang macam mana nak breastfeed, teknik-teknik nak menyusu bayi, kekangan dari persekitaran, macam mana nak handle masalah-masalah tu, jadual nak pump, cara nak handle EBM dan semuanyala.. dengan harapan dapatla fully breastfeed sampai 6 bulan dulu... target awalnya. Dengan tak disangka Kuasa Allah masa Khalish dalam perut 8 bulan camtu, susu dah mula keluar sikit, yang perasannya bila bangun pagi tido, baju macam ada bekas susu kering... Alhamdulillah.. InsyaAllah.. harapan untuk menyusu Khalish nanti ada.
Tanggal 22 Julai 2011, Alhamdulillah.. ibu selamat melahirkan Khalish dengan kaedah cesarean, nasib badan la... kaedah yang ibu tak pernah jangka ibu terpaksa guna.. yang penting Khalish selamat.. makanya bila dah cesar ni, ibu tak boleh nak bangun dalam masa 6 jam, so ibu hanya nampak Khalish kat sebelah ja, nurse hanya mai bagi ibu cium Khalish kejap masa dalam bilik OT. Lepas tu letak Khalish kat sebelah dalam baby cot dalam wad pemerhatian.. tak boleh la ibu nak bangun angkat Khalish nak menyusu, nasib ada mak dengan En.Khairil masa tu bleh tolong letakkan Khalish kat sebelah, cuba nyusukan Khalish buat pertama kali... Alhamdulillah.. Khalish pandai ngisap.. Syukur Alhamdullillah... tak la susah sangat nak susukan dia.. pastu dah En.Khairil ngan mak dah balik tinggal ibu ngan Khalish je kat sebelah. Bila Khalish bunyi cam lapar nak bangun angkat dia tak boleh, nurse datang amik bawak Khalish pi dalam bilik sebelah, tak tau depa buat apa... dalam 15 minit camtu, Khalish keluar balik, nurse bagi baring dalam baby cot. Tengok-tengok Khalish dia jeluak keluar susu dari mulut dia.. eh.. maksudnye nurse tu bagi formula milk la Khalish... aduss.. nurse tu tak tanya ibu pun... ish..ish.. tak patut sungguh.. patutnya meh la bagi ibu susukan sendiri.. ni tak.. dia pandai-pandai pi bagi formula milk kat Khalish... bila Khalish jeluak keluar susu tu, panggil nurse tolong angkat letak sebelah, ibu nak susukan sendiri... boleh pulak nurse tu kata... 'bagi susu badan la yer, dia tak mau kot susu ni'.. huhuhu.. yang tadi tu kenapa tak bagi je terus kat ibu kan.. adoi laaa.... nasib Khalish jeluak balik.. memang Khalish tak suka susu formula kan.. hehe... nasib dalam keadaan baring tu bleh jugak nyusukan dia... masa tu perut tak dak la rasa sakit..
Malam tu dalam kul 4 pagi dah kena transfer masuk balik wad biasa. Dah duduk kat wad biasa ni, ibu kena handle sendiri la Khalish.. masa tu dah boleh bangun angkat Khalish sendiri.. nasib luka belah tu tak rasa sakit. Ujian pertama nak menyusukan Khalish masa tu pasal masalah nipple. Breast sebelah kanan ok tak jadi masalah sebab nipple ada senang Khalish nak nyonyot, tapi yang sebelah kiri ni problem... adusss.. jenuh berejam nak bagi dia.. breast dah mula rasa tegang masa tu... tapi jenuh usaha jugak nak bagi dia sebelah kiri... masa dia mula nyonyot tu ... aduss.... sakit jugak la.... gusi dia tu macam gigi halus.. nipis jer dok gigit.. huhuhuu.. tapi Alhamdulillah walaupun sorang-sorang handle Khalish masa tu.. Khalish tak banyak ragam.. bagi susu.. kenyang dia tidur... tak dak la dia nak nangis kuat-kuat tak kenyang.
Hari ke 3 menyusu tu, breast dah rasa macam penuh, kalu nyusukan Khalish sebelah kanan, yang sebelah kiri mesti dah basah baju... rasa banyak susu nih,, rugi kalau biar keluar camtu jer.. makanya suruh adik bawak bekas kecik nak perah simpan.. so... masa tu start picit guna tangan jer untuk simpan susu.. nasib ada baca jugak pasal teknik perahan guna tangan sebelum tu.. Alhamdulillah .. dapat jugak dalam 4 bekas kecil susu masa dalam wad tu.. seronok dok picit bila kuar air susu pancut-pancut... susu tu masa perah kat wad mintak nurse tolong simpankan dalam peti sejuk diorang kejap dulu.
Bersambung next entry..
No comments:
Post a Comment