Tuesday, December 6, 2011

Apa dah jadi....apa nak jadi... ?

(sila baca dalam nada nyanyian yer...)
Apa dah jadi.. apa nak jadi..
sampai sekarang tak update lagi...apa nak jadi...........

hahaha... sampai situ jer yer... itu la apa la nak jadik dengan saya ni, entah kemana hilang semangat dan masa yang yang disemai benih dulu, fuhh.. bermadah helah sungguh...

ok untuk kesekian kalinya... kali ni akan buat speed update apa yang dah jadi selama lebih kurang setahun lebih menghilangkan diri selama ni.

kisah bermula selepas Hari Raya Aidiladha 1431H (baru perasan yang tajuk entry selepas raya tu silap tahun hijrah, sepatutnya Cerita selepas Raya 1431H ) tahun 2010 dan sekarang telah menjelang Muharram 1433.. sudah melangkau 2 tahun hijri... apala motif kan...

ok secara ringkasnya,

  1. lepas raya 2010 - awal Disember 2010 dapat berita gembira.. yang sangat gumbira.. disahkan mengandungkan Khalish dan due date nyer pada 4 Ogos 2011.. Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa... Alhamdulillah
  2. start minggu ke-8 pregnant dah mula muntah-muntah.. morning sickness yang agak teruk sampai berat turun 3 kilo.. oh dugaan sungguh masa tu, masuk bulan ke 5 dah agak stabil, tapi Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Khalish, ibu amik mc 2 kali jer sebab tak larat sangat
  3. 14 May 2011, scan kat Pearl dapat tau dalam perut adalah baby boy... sangat jelas Khalish tunjuk yang anak sulung ibu itu boy , hehehe.. sebelum doktor cakap 'He is a boy', ibu dah dapat tau dulu bila tengok skrin tu.
  4. Masuk bulan ke 7 dah mula beli barang-barang baby dan benda pertama yang ibu beli untuk Khalish masa tu ialah botol susu sedozen, haha banyakkan. Sebabnya ibu telah membuat keputusan untuk fully breastfeed Khalish nanti, jika diizinkan Allah sehingga Khalish 2 tahun dan yang menakjubkan masa bulan ke 7 ,8 tu air susu dah kuar sikit-sikit.
  5. Masuk bulan ke 8 jer dah tak sabar nak tunggu time deliver tu, berdebar-debar rasa tak tau macam mana nanti nak sakit. Masa tu dengar kawan-kawan yang mengandung dah selamat pun bersalin… mesti diorang dah lega dah rasa, tapi ibu yang dok tertungu-tunggu macam tunggu bulan nak jatuh, huhuhu.. tapi masa minggu ke 35 Khalish dalam perut, ibu bawak Khalish pi kurus ESQ sama, haha.. masa tu mesti Khalish sangat terkejut dok dengar bunyi kuat-kuat.. anak ibu memang hebat la dalam perut dah pi ESQ
  6. Check up minggu ke 37, tetiba nurse perasan perut tak naik banyak, refer doctor, kata air ketuban sikit, makanya kena refer terus ke Maternity Hospital (MH) Penang next weeknya.
  7. 19 Julai 2011- checkup kat MH dan keputusan yang tak disangka-sangka petang tu kena admit terus wad.. waaa.. sangat terkejut.. doctor kata petang kena admit, esoknya kena masuk ubat dipaksa untuk bersalin. Macam-macam dalam kepala dok fikir masa tu. En. Khairil pun macam terkejut bila doctor tu kata petang kena admin wad. Huhuhu..berserah je la.
  8. Petang 19 Julai 2011 dalam pukul 6 register masuk wad, mula dapat kelas 3 sebab kelas 1 dan 2 full, malam tu baru transfer ke kelas 2, kelas 1 dah tentu-tentu full. Esok pagi kena scan lagi sekali untuk confirm betul ke air ketuban tu sikit, dah confirm, pukul 11.30 pagi kena masuk ubat sebijik. Petang tu dah mula rasa contraction.. oo masa tu Tuhan saja yang tau rasa sakit contraction macam mana, mak dating petang melawat mintak urut belakang bagi kurang rasa sakit tu sikit. Malam tu dok jalan kaki ulang alik, kononya nak bagi cepat buka. Nasib malam tu boleh tidur jugak sebab contraction dah tak rasa sangat. Esoknya pukul 6.30 kena masuk lagi sekali ubat, dan yang peliknya tak la rasa contraction plak sepanjang pagi tu, makanya tengahari tu kena masuk lagi 1 ubat. Masuk ubat ke 3 tu, start pukul 3 petang tu dah datang balik contraction tu, aduhhh… sabar jer… tapi Khalish tak nak kuar jugak lagi masa tu, petang tu doctor pakar nak paksa jugak bagi Khalish keluar, masa tu ya Allah…. Sakit yang tak tau nak cerita macam mana sampaikan kena amik ubat tahan sakit. Malam tu sampai dok merangkak atas katil nak tahan contraction. Sempat jugak telelap kejap. Esok pagi nya Jumaat 22 Julai 2011 bersamaan 20 Syaaban 1432H ibu dah kena turun ke labor room sebab doctor dah tak nak tunggu lama, doctor nak pecahkan air ketuban walaupun masa tu Khalish tak mau keluar lagi. Dalam labor room tu ibu dok berjuang dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 3 petang, tapi Khalish tetap tak mau keluar lagi, makanya doctor buat pilihan untuk temukan jugak Khalish dengan ibu dengan kaedah operation (pilihan yang ibu tak pernah sangka ibu kena amik dan ibu tak penah study pasal ni). Tapi demi nak menyelamatkan Khalish ibu ikut jer kata doctor tu. Tepat pukul 4.01 petang, Khalish dah keluar dari perut ibu.. Alhamdulillah syukur… saya dah jadi ibu… Alhamdulillah…
  9. Khalish dengan ibu kena stay kat wad sampai hari Rabu baru bleh keluar. Alhamdulillah masa Khalish dengan ibu kat wad, nasib ibu boleh handle Khalish sorang-sorang walaupun sebelum tu ibu tak penah nak handle baby-baby kecil ni. Dulu anak sedara dah besar-besar baru berani nak dukung..hehehe.. pastu Ibu dan Khalish balik berpantang di rumah mak tok kat BM. Dan pengalaman menyusu ibu akan ceritakan dalam entry khas nanti.
  10. Waktu berpantang ibu sangat menguji minda betul sebab dalam bulan puasa..huhu.. sabar jer la. Lepas abih pantang bawak balik Khalish balik SP seminggu kemudian balik Penang balik. 3 malam je kot duk rumah quartes, ibu terpaksa balik BM sebab kena buat minor operation sebab breast abscess .. oh itu pengalaman yang sangat menggerunkan. Hampir seminggu ibu kena admit wad balik… oo ujian lagi..
  11. Lepas discaj, ibu kena buat dressing sampai 3 minggu, hampir sebulan baru baik luka ibu tu.. memang ujian. Stok susu untuk Khalish masa tu pun dah abih, nasib masa ibu pantang dulu dah buat stok banyak-banyak. 5 malam je ibu admit wad, cukup-cukup je stok susu tu.. kuasa Allah… cukup jugak rezeki Khalish.
  12. Lepas seminggu baik luka tu ibu dah kena masuk kerja, kembali bertugas untuk Negara.. hehehe.. Khalish pun Alhamdulillah dapat masuk Hadanah dan boleh lah ibu melawat Khalish bila rasa rindu time2 rehat tu kan.

Dan sekarang dah 2 bulan ibu kembali bertugas dan Khalish pun dah membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah.. sekian untuk entry kali ini.. sekadar menyegarkan minda.. hehehe

Thursday, December 1, 2011

Rindu...


Saya rindu budak ini...... ('_^)

Friday, November 11, 2011

Entry 11/11/11 - Jumaat - 15 Zulhijjah 1432


Assalamualaikum,

Tanggal 11 November 2011, tarikh yang sangat bermakna buat ku kerana genaplah usia ku didunia selama 28 tahun. Tarikh dan hari yang sangat cantik, Jumaat bersamaan 15 Zulhijjah 1423h. Bila dikenang kembali terlalu banyak peristiwa yang telah berlaku dan betapa pantasnya masa berlalu, membuatkan peristiwa-peristiwa dalam hidup sangat mudah dilupakan.

Untuk kesekian kalinya, aku cuba untuk mengingati kembali dengan cuba memaksa diri untuk menulis semula disini. InsyaAllah akan ku usahakan. Terlalu banyak perkara yang hendak diceritakan untuk peringatan dimasa hadapan untuk dijadikan panduan.

Semoga entry ini akan dapat disambung dengan sebaikanya bagi mengenang semua perkara yang akan berlaku...

Berusahalahh....

Friday, September 17, 2010

Cerita Selepas Raya 1430H

Untuk sekian kalinya... blog ni dah bersarang kembali..hehehe... huhuhu.. menunjukkan betapa sibuknyer saya beraya.. hahaha.. tetapi kenyataanya bukan sibuk beraya tapi sibuk bekerja .. waaa.. bunyi cam buat bisnes besar jer ... perkara yang menyebabkan blog ni tak terupdate
1. sangat tak ada masa nak mengarang
2. tak dak kemudahan untuk login blog kat umah
3. tak dak motivasi nak mengarang

huhu..sangat kesian... banyak story raya tahun ni.. tapi dah abih raya ni dah lupa ingatan suma.. gambar pun dah bekarat duk dlm memory tu.. sangat kesian..

so skang ni perlu kumpul semangat balik untuk mengarang ni...azam tinggal azam jer ni.. komitmen pada kerier sangat mencabar skang ni.. hehehe.. tak tau nak cerita camna.. banyak sistem yang launch lepas raya ni... bila rasa tak cukup masa tu.. rasa macam nak lari pi bercuti jauh2 jer.. tapi Alhamdulillah still bleh handle suma tu lagi.. Alhamdulillah sebab Allah bagi nampak jalan dan bagi tenang buat keja suma tu.. balik umah pun En. Suami banyak tolong buat keja umah.. so sangat la lega..

Kadang skangni rasa macam tak dak life lain dah.. balik umah pun kadang dok tepiki nak setel benda yang tak setel time ofis tu.. tapi kawan-kawan kat ofis banyak membantu.. membantu dari segi kurangkan stress semasa bekerja.. so tak la terasa sangat cam malas nak pi keja kan..

so bab cerita raya tu akan disampaikan dalam entry len plak.. saja nak cuci2 skit blog bagi tak la behabuk sangat.. hehe...

daa...

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran




Assalamualaikum,...
haha..kali ni trus nak buat ucapan sampaikan salam raya... entry untuk masak-masak tinggal sekejap... arini dah 28 Ramadhan 1431H dah.. cepat sungguh masa berlalu.. makin tambah nombor kat umur tu..makin kejap jer rasa masa dok berjalan.. bulan puasa ni tup..tap.. tup.. tap.. pegi keja..balik keja... ulang alik balik kampung.. dah tinggal 2 hari lagi jer nak berpuasa...

Minggu lepas banyak benda buat jugak.. masak pun ada jugak 2,3 jenis resepi.. ada yang menjadi ..ada yang tak menjadi..huhu.. bila tak menjadi tu yang malas nak mengupdate blog ni.. huhuhu... (alasan... hehehe..) Hujung minggu Sabtu Ahad.. mmg rutin.. balik kampung... sabtu buka puasa kat Sungai Petani.. Ahad buka puasa kat Bukit Mertajam plak.. penat jugak dok ulang alik balik tu.. balik umah jer baju dah setimbun nak kena basuh.. tu baru untuk 2 orang..huhu.. tapi balik bebuka puasa kat umah lain nikmatnya.. sonok..

Minggu cuti Merdeka tu, Penang dapat cuti Nuzul Quran hari Jumaat.. bleh la cuti 3 hari.. mula plan nak balik BM dulu.. tapi hari Sabtu tu En. Khairil ada raptai perarakan Hari Merdeka peringkat Negeri Pulau Pinang plak... terpaksa la cancel plan.. kalu tak bleh balik kampung 3 hari.. tapi hari jumaat tu.. hasil zero.. apa pun tak buat.. huhuhu... esoknyer peristiwa yang tak patut berlaku.. pagi2 lepas sahur... solat subuh suma.. En.Khairil siap nak ke raptai.. aku pun siap nak gi hantar dia kat Padang Kota.. awal.. semangat merdeka...hahaha.. dah hantar En.Khairil.. aku pun rileks jer balik.. dengan niat nak balik qada tido la... sementara nak tunggu En. Khairil abih raptai.. drive balik sampai parking kat umah.. dah siap parking dah.. nak tutup la enjin keta... hah!!!!.. baru teringat... kunci umah tak amik kat En. Khairil... uwaaaa....... aku konpius kejap tak tau nak buat apa... call En. Khairil dia kata dah nak start perbarisan tu.... huhu.. so amik keputusan.. aku nak round2 penang..kononnyer la.. 1st.. nak gi bayar duit keta... gi Maybank kat depan umah tu.. kad tak leh pakai plakk.. ayooo... kepala dok ligat carik idea nak buat apa tak tau..... so amik keputusan gi round2 kat Gurney... melepak sat kat situ...

Ni la pemandangan kat gurney pagi2.. org len tgk aku cam pelik jer .. yg len suma non muslim tgh dok berjoging.. ehehe.. aku ni tak dak tujuan... gi melepak duk situ.. duk dlm 10 min.. mata dah tak tahan ngantuk...huhuhu.. tak leh jadi.. masuk keta..start enjin pk nak buat apa... hah.. basuh keta.. alang2 dah nak raya.. hehe lagi 2 minggu nak raya.. basuh En.Gen dulu.. gi la pusing2 kot jalan nak ke Batu Feringgi.. nampak ada kedai basuh keta..HandWash Rm4 sahaja.. emm ok laa.. masuk q tunggu basuh keta.. harapnya sempat la program En. Khairil abih nanti.. cuci luar dalam trus.. nak rayaaa... dah abih basuh keta.. kebetulan En. Khairil pun abih program.. trus gi amik dia.. balik umah qada balik tido..hahaha... petang baru balik SP..huhu penatt...

Ahad balik BM, Isnin keja...pastu bleh plak En. Khairil teringat nak tanya songkok dia bawak balik dak, dah tertinggal kat SP, dia nak pakai untuk perarakan.. hmm melayang laa.. 45hengget untuk songkok baru En.Khairil...kira merangkap songkok raya laa.. padahal songkok yang tinggal kat SP tu baru jer beli masa akad dulu.... hmm tak pa la jadi songkok raya..hahaha.. Selasa Cuti plak hari Merdeka.. aritu gi hantar En. Khairil dah prepare siap2 kunci bawak sendiri... hehe.. balik tido dulu tunggu En. Khairil tepon baru pi amik dia... lepas gi amik dia pun sambung tido balik.. hahah.. teruk sungguh.... petang tu masak apa ntah... dah tak ingat.. buat Buah Melaka kot... nanti la buat entry pasal Buah Melaka tu plak..

Esoknya Rabu & Khamis keja cam biasa.. Jumaat tu aku terbang ke Kuantan. Gi UMP untuk present MyCPD.. huhu.. sangat penatt.. walaupun pagi je meeting tu.. petang tu rehat2 kat umah tamu depa.. tgk drama swasta kat tv.. petang kul 7 terbang balik.. yang penatnya sbb kena transit turun KL dulu... huhu.. nasib aritu En. Khairil ada program berbuka puasa ngan jabatan dia.. tak dak la dia bebuka sorang2.. tapi kesian dia jugak.. pagi2 lepas subuh dah hantar aku kat airport.. petang balik keja gi Kepala Batas untuk majlis tu.. lepas majlis trus patah balik amik aku kat airport plak.. kesudahannya... hari sabtu tu... dua2 pengsan.. smp kul bapa tak ingat dah.. padahal sblum tu dah plan macam2 nak buat.. mop lantai la.. basuh baju la.. lipat baju la.. tapi.. apa pun tak buat.. sbb petang balik SP plak.. huhu Ahad balik BM.. waaa.. sangat penatt rasa...

Em.. hari Ahad tu sblum balik BM, gi singgah amik baju Melayu En. Khairil, beli sampin kat SP, singgah Expo kat Kepala Batas beli tudung aku trus gi Jusco Perda beli kasut raya aku.. haha.. nak jugak kasut raya.. TQ E.Khairil banjer i kasut n tudung... I luv u laa...

Isnin gi keja dari BM.. lega.. cuti sekolah.. jalan tak jem.. bridge pun bleh tahan ... sempat smp sblum 730.. keta aku dah siap tinggal kat Eureka hari sabtu tu.. so balik keja aku bleh balik 430 tak yah tunggu En.Khairil mai amik.. bleh balik masak.. malam tu kami operasi.. mop lantai.. cuci kipas.. basuh baju.. legaa.. bila tgk lantai dah licin.. kalu tak huhuhu... bapa minggu lantai umah tu tak bermop.. asyik ujung minggu balik kampung.. baru la nampak cam nak raya skit .. haha.. ada ker org nak datang umah aku.. ehehe... tak pa janji umah bersih.. hati pun legaa ja masuk umah..

Harini.. Rabu.. keja.. esok kami dah cuti.. petang ni aku trus balik kampung halaman, balik BM dulu.. hahaha.. org len balik kampung.. aku pun nak balik kampung gakk.. tapi yang best nyaa.. kami balik kampung asing2.. bukan asing2 rumah.. balik kampung sendiri2.. aku balik dulu petang kang lepas keja.. baru En.Khairil menyusul.. sbb dia abih keja kul 530..huhuhu.. tak feel langsung balik kampung... ooo.. semalam keletihan packing baju nak balik raya.. hahaha... adeii.. cam jauh jer.. dah la baju tu ngan 3,4 kali round basuh yang tak berlipat.. huhuhu.. jenuhhh... dah abih kemas suma.. aku pengsan tak sedar dah... tadi pagi sblum kuar umah..makesure suma sampah buang.. tingkap tutup.... gas tutup.. lampu, air suma En.Khairil kena cek plak.. sbb dia kuar gi ofis lambat.. nak tinggal umah seminggu ni..

em.. satu lagi perkara penting yang kami tak decide betul2 lagi untuk raya ni.. rotation kampung...uwaaaa... aku pun tak tau ni camna... yang pasti esok kena balik SP.. pagi raya.. kena ada SP.. sbb tu arini aku nak balik BM dulu, esok bleh tolong mak aku buat rendang n ketupat , petang baru balik SP..aku ni suka2 ja plan sorang2 petang tu aku nak ajak En.Khairil balik BM.. huhu.. tak tau la.. hari selepas2 tu ntahh.. tak plan lagi nihh.. camnaa... malam ni plan...

ok.. aku nak ucapakan tahniah pada diri aku dulu.. sbb aku rasa agak berjaya menjalani ibadah puasa sebagai isteri untuk pertama kalinya.. banyak benda yg aku bleh rumuskan.. tapi next entry la kot.. banyak benda yang perlu diperbaiki lagi.. apa pun Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan nikmat dan kemudahan yang Allah dah bagi kat aku sepanjang menjalani ibadah puasa ni.. Alhamdulillah.. sedih pun ada .. gembira pun ada.. macam2 rasa ada skang ni..

Lastly.. nak ucapkan berbanyak terima kasih kat My Lovely Hubby, En.Khairil.. terima kasih atas banyak sebab... dan tanpa sebab skalipun..U gives me lot of joy n happiness along our journey together dan mohon ampun dan maaf untuk segala apa yang dah org buat selama ni.. ada yang orang melawan cakap dia ka.. sakitkan hati dia ka.. dan segala2nya la.. (aduss...sedih la plakk nihh...dah bergenang2 mata nih..huhu) perpun.. orang sayyyyaaanggggg dia sangat2...
dan untuk mak yang disayangi.. kak nak mintak ampun dan maaf jugak... kak sayyyang makkk... untuk Arwah ayah.. kak sentiasa doakan Ayah kat sana...n to my Mama n Ayah.. saya mintak maaf jugak... dan buat semua ahli2 keluarga saya, sahabat2 jauh dekat.. ampun dan maaf dipinta...

Harap kita akan berjumpa lagi di Ramadhan akan datang.. InsyAllah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..