Thursday, February 9, 2012

3nd Part (The 1st 6 Month - Breastfeeding Journey)

Sambungan seterusnya... macam drama bersiri plak.. hehehe

Lepas je balik dari klinik tu.. dalam kepala dah macam-macam fikir... doktor dah tulis surat untuk refer Hospital Besar Penang direct ke wad pembedahan... memang langsung tak tau nak buat apa dah la.. call la mak, bila call mak kebetulan kak su ada kat rumah, dia suggest suh pi jumpa doktor kat klinik IPPT pulak, mana tau kot-kot doktor tu bleh suggest benda lain pulak. Makanya terus buat keputusan balik BM petang tu drive sendiri (setelah berapa lama tak drive sejak bepantang) bawak Khalish dengan tok mama. Masa tu tak plan pun nak kena masuk wad ke apa ke... memang dengan harapan dapat la doktor tu bagi ubat bleh kecut ker bengkak tu.. Masa tu dok tahan je sakit tu.. memang makin kerap rasa sakitnya.

Sampai je BM, tinggal Khalish ngan tok mama kat rumah mak, trus drive pulak pi klinik IPPT ngan kak su. Bila jumpa doktor kat sana tu, sama jugak kaedahnyaa.. doktor kata memang tak boleh nak buat apa dah.. kena refer hospital jugak untuk belah buang nanah tu.. masa dengar doktor tu kata.. maybe dalam 2 minggu baru baik luka tu, pastu kena pi dressing tiap-tiap hari.. huhu.. tak dapat bayangkan macam mana nanti. Doktor tu just bagi panadol ja untuk tahan sakit.

Balik la rumah balik, sampai rumah memang dok nangis je la.. nangis tahan sakit sama.. nangis dok fikir nasib badan jadi macam ni... macam mana nanti Khalish nak menyusu.. kalau masuk wad kena tinggal Khalish lagi.. adoi.. memang sedih betul rasa time tu.. Call en.Khairil pun asyik dok ngangis ja.. macam-macam fikir dalam kepala masa tu. Malam tu balik quartes tinggal Khalish kat mak, hantar kereta dan amik baju suma, tinggal mama kat rumah sebab En.Khairil balik malam tu. Balik semula BM dengan kak ngah. Esoknya nak kena pi hospital jugak.

Esoknya, 14 Sept 2011 nasib abg chaq ada dia bawak pi hospital, en.Khairil mai dari penang trus jumpa kat hospital. Mula pi kat kecemasan abg chaq tanya depa kena refer mana, pastu depa suh pi ke klinik pakar kat belakang. Bila sampai kat klinik pakar, kebetulan petang tu ada klinik pakar breast, staff nurse tu suh mai petang pukul 2. Balik la dulu rumah pulak tunggu petang baru pi pulak. Memang kebetulan sungguh, kalau tak tak tau la nak kena pi jumpa doktor kat mana. Balik rumah pun dok nangis lagi.. asyik nangis jer la.

Petang nya pi balik Hospital, bila jumpa doktor.. alamak muda-mudinye doktor. Aah.. tak kisah la...janji depa bleh buat cepat. Kebetulan jugak petang tu doktor tu ada kes kat Operation Theater memang kebetulan sungguh.. dia suh tunggu ikut dia trus pi bilik operation. Bila pi kat bilik operation tu ada jiran depan rumah pun dok tunggu prosedur nak operate. Kena tunggu lagi 2 orang kot tengah dok operate. Nasib petang tu suma kes minor operate ja. Memang aku nye kes bleh buat haritu jugak la. Masa dok tunggu tu, ada tengok sorang pakcik ni masuk dalam bilik operation tu, ingatkan tukang kebun mana la.. pastu tiba-tiba dia tanya sapa yang nak buat untuk kes breast abscess tu, aku la tu... ooo rupanya dia doktor pakar bedah yer... nampak je macam tukang kebun.. huhuhu pastu dia panggil masuk tengok dan ajar doktor muda tu camna nak buat nanti.. pastu dia kata kena bagi ubat u stop susu.. uwaaaa... masa aku dengar tu dah pikir macam-macam... Macam mana nanti Khalish nak menyusu.. tak kesampaian la niat aku nak menyusu Khalish.. pastu kuar dulu nurse suh pakai baju bedah..

Dok tunggu kat luar dulu ngan en.Khairil, asyik dok nangis jer... dok teringat macam mana nanti Khalish nak menyusu... air mata ni memang tak bleh nak tahan la.. memang sebak tul masa tu. Lepas jiran aku habis operate, turn aku pulak. Masuk dalam tu dok sembang-sembang dulu dengan doktor. Masa tu boleh senyum-senyum lagi. Doktor tanya takut tak tiba-tiba nak kena operate ni.. aku cakap ok je.. sebab dulu masa nak lahirkan Khalish pun tiba-tiba ja doktor suh besalin kan.. kira cam relaks skit la, tak takut sangat pun. Doktor cerita la skit camna procedure nak buat tu nanti... aku tanya nanti bius dak.. doktor kata bius,, so ok la harapnya tak sakit la nanti.

Tunggu kejap nurse panggil masuk bilik bedah, dalam tu ada 2,3 operation theater. Aku kena masuk bilik 3 kot, nurse suh baring atas katil.. dah siap baring tu.. nurse dah siap-siap barang suma, siap lapik kain hijau semua. Tunggu nak belah je.. bila doktor masuk boleh pulak doktor buat lawak.. depa tanya aku sign dak lagi borang persetujuan untuk buat operate.. leerrr.. aku dah sedia nak operate dah.. bleh pulak doktor ni... bangun la pulak sign dulu... aiyooo...

Ok bila nak mula jer procedur tu, doktor nak bius dulu, dia kata tahan skit, nak cucuk ubat bius.. ok la... aku dah siap baca bismilah, mengucap semua sambil dok tahan sakit denyut nanah tu sama. Bila doktor cucuk tu memang sakit jugak la.. bleh tahan lagi.. pastu dalam 2 minit lepas tu tiba-tiba rasa doktor toreh, adoiiiiii Ya Allah.. tuhan saja yang tau... aku dah rasa sakit sangat ubat bius tu tak dak kesan apa pun... pastu bila doktor picit... Ya Allahh... aku menjerit sakit.. aku mengucap, dok sebut Allahuakbar banyak-banyak kali, baca doa nabi Yunus... aku tak tau nak cerita macam mana sakitnya.. Ya Allah.. memang Tuhan ja tau.. memang aku nangis betul-betul la masa tu... aku dah tak heran kat nurse-nurse situ.. memang nangis sakan-sakan la... bukan nangis sebenarnya.. kira meraung laa... huhu..... Memang meraung sepuas-puasnya la... ada sorang nurse tu dok mai urut bahu mintak aku sabar banyak-banyak.. dah la dok dengar doktor tu dok sebut ayooo.. banyak ni.. lagi la.. pastu aku dok rasa doktor dok toreh-toreh lagi dalam pastu picit buang nanah tu. Masa aku dok meraung tu doktor cucuk ubat tahan sakit kat bont* 2 kali.. tu pun tak bagi kesan apa pun.. memang sakit tu dok terasa sangat... sehabis-habisnya aku meraung. Lebih kurang 40 minit jugak kot aku dok tahan sakit tu.. bila dah habis tu.. nurse dok mintak aku sabaq...depa kata dah habis... depa bg aku rest kejap.. memang sedu-sedu aku.. sakit tu memang dok rasa lagi... pastu depa tolak aku keluar.

Kat luar depa pasang beg pemanas, aku dok sedu-sedu lagi... tahan sakit sama. Lepas tu depa tolak aku naik wad, en.Khairil pi daftar masuk wad. Sambil dok tahan sakit lagi.. dok rasa lali skit-skit ja.. Tolak naik wad 11, duduk dalam tempat pemerhatian depan kaunter nurse. Bila en.Khairil sampai dok ngangis kat dia plak.. bagitau sakit.. huhu... memang sedih sungguh la masa tu.. dok tersedu-sedu nangis. Malam tu tido wad.. pertama kali tinggal tak tido dengan Khalish. Sedihnyaa....

Bersambung......

Sunday, February 5, 2012

Aktiviti Hujung Minggu

Cuti hujung minggu kembali lagi... dan yang best lagi dapat cuti 4 hari... Cuti Sabtu + Ahad + Foward Maulidur Rasul + Thaipusam... best dok Penang ni, semua cuti amik... hehehe...

Selalunya hujung minggu macam ni dah tentu-tentu cabut balik kampung dah.. tapi disebabkan En.Khairil join perarakan MaulidurRasul hari Ahad, makanya hari Sabtu duduk rumah la..

Untuk tidak membosankan hujung minggu... aktiviti pertama buat ialah cuci toilet.. ok! cuci toilet.. huhu... toilet yang tak bercuci lama dah.. dah cuci-cuci tu rasa best plak nak mandi ke apa ke.. hehehe... sebelum ni mandi ke apa ke... cepat-cepat ja sebab toilet.. huhu... sangat la...ish..ish...

Lepas tu untuk kesekian kalinya selepas ada Khalish ni.. aktiviti masak-memasak untuk makan tengahari.. waaa.. bunyi itu seolah-olah sudah lama tidak memasak yer... hahaha.. dan memang pun kenyataanya... ni la 1st time kot masak untuk makan tengahari dihujung minggu selepas Khalish dah 6 bulan... waaa... lama tu.... dan.. taraaa... ini la menunya...
Dapat la makan dengan sepuasnya.... hmm... bila plak boleh masak-memasak lagi yer.. hihi..

Petang rehat tengok cerita hindustan..hahaha.. layanzzz.... Untuk dinner plak.. En. Khairil dah janji nak bawak makan ikan Bakar... hmm.. lepas Asar keluar pi makan kat Nurul Ikan Bakar..

Tengah tunggu makanan sampai.. Khalish tukang tengok jer...


Tadaaa... menu untuk dinner.. waalllah....licin..... sekali sekala meh makan.. memang licin la. Sampai kat Nurul Ikan Bakar tu dalam pukul 6.30, memang elok la time tu.. orang pun tak ramai lagi.. cepat la siap order..

Lepas habis makan singgah tesco kejap cari bahan nak buat apam pisang.. wah.. ni semangat ni.. dah lama dok berangan.. nak buat kek la.. apam la... bahan tu dah ada skit kat rumah cuma tak cukup lagi.. resepi dah cari, siap print dah semua.. tunggu nak melaksanakan jer niat tu.. hahaha..

Malam nyer sudah selesaikan segala tugas yang perlu diselesaikan dulu, mula la menyibukkan diri kat dapur.. waa.. macam nak buat projek besar ja.. Mula keluarkan mixer yang baru beli.. ok BARU BELI yer.. hahaha semangat yer... ikut la cara-cara dalam resepi yang dapat dari jintasmanis.com, resepi Apam Pisang Berlapis. Tapi aku buat tak lapis pun dan tukar skit letak dalam paper cup.

Lihat.. mixer baru yer.. dan mangkuk adunan baru beli kat tesco untuk nak buat projek khas menguli tepung selepas ni.. hasilnya...
.
.
.
.



Kira ok la... orang baru belajar... rasanya ni sebab pukul telur tu kejap sangat.. lenguh tangan nak memukul pastu dok memikir nanti lambat nak mengukus, kul bapa nak tido nanti.. haha.. .. huhu.. tak pa len kali kena buat awal-awal.. siang-siang, bleh la pukul lama-lama skit sampai betul-betul kembang.

Harini akan buat aktiviti biasa hujung minggu iaitu pulang ke kampung halaman..

Till then..... daa....

Friday, February 3, 2012

Model Sambilan



Sumber facebook Inai Photography Tasek Gelugor

p/s : sesiapa nak booking sila pm pengurus saya...:P

Wednesday, February 1, 2012

2nd Part (The 1st 6 Month - Breastfeeding Journey)

Sambungan dari 1st entry....

Ibu kena tahan wad hampir 4 hari lepas bersalin, baru boleh balik rumah... so bermula la episod berpantang dirumah pulak. Memang sangat menguji minda dan fizikal betul.. tambah pulak seminggu lepas tu puasa.. uishh.... dugaan betul.. tapi dugaan yang ibu rasa lagi hebat adalah nak menyusukan Khalish.. waa... memang dugaan... nasib dah prepare ilmu sikit sebanyak masa dalam tempoh mengandung dulu...

Dugaan-dugaannyer ialah...
1. Fizikal - puting melecet, puting buta & bengkak breast
2. Mental - faktor orang sekeliling yang dok bagi macam-macam petua, sampai tak tau nak ikut ke tak.. huhu tambah plak Khalish kena kuning yang lambat turun tapi nasib mak banyak membantu dan menyokong.. Alhamdulillah.. dan rasa down bila susah nak nyusukan Khalish yang macam tak puas-puas nyusu.. sejam sekali.. huhuhu... dugaan...

Pasal masalah puting melecet tu sebab tak pandai nak bagi Khalish nyonyot betul-betul, tapi luka tu tak la teruk sangat sampai tak boleh nak bagi Khalish hisap, mula sebelah kanan luka, so sapu minyak gamat bagi luka tu ok balik, bagi Khalish nyonyot sebelah kiri jer dulu, pastu kiri plak melecet.. dan masalahnya sebelah kiri tu masalah puting buta... adoi laa... memang dugaan sungguh.. kesian kat Khalish kadang sampai setengah jam dia tak leh nak nyonyot, pastu nak mudah bagi dia sebelah kanan jugak.

Lanjutan dari masalah tu.. waa... lanjutan tu.. hehe kira ni kes berangkai la... menyebabkan breast yang sebelah kiri tu jarang la bagi kat Khalish nyusu... makanya ibu mula pump la simpan susu... sebab rasa breast dah mula hasilkan banyak susu kadang sampai lencun baju. Memang dari dalam wad lagi dah buat stok EBM.

Pastu pasal kes Khalish kuning tu memang stress betul.. dalam minggu kedua tu dah kenalkan Khalish ngan puting botol.. huhu.. mula tu takut jugak, nanti Khalish tak mau nyusu ngan ibu.. tapi dah dok kata kena bg Khalish minum banyak-banyak bagi turun kuning dia tu.. bagi la jugak kot botol susu ibu, sebab breast ibu sakit. Khalish memang pandai hisap puting botol, pastu bila nak ngisap badan balik jenuh gak la ibu bertarung balik nak sesuaikan diri.. Macam-macam benda yang mak tolong buat untuk turunkan kuning Khalish, tapi Alhamdulillah walaupun kuning Khalish tinggi tapi tak la sampai kena tahan wad, yang paling tinggi pun 247, kalu lebih 250 memang kena masuk wad dah la.. cumanya kuning dia lambat nak turun, sampai lebih 2 minggu.. so dah dikatakan prolong jaundice.. kena la refer doktor pakar pulak..

ok berbalik kepada cerita menyusu tadi, pasal bengkak breast tu, kadang ada jadi sebelah kanan, tapi bila dah bagi Khalish hisap dah kurang skit bengkaknya. Dok tuam ngan tuala panas la, macam-macam petua jugak buat, ok la.. pastu sampai minggu ke 3 kot, jadi bengkak sebelah kiri pulak, sebelah kiri ni dah la masalah Khalish payah nak nyusu, so memang jarang-jarang la bagi Khalish hisap, dok pump je selalu.. kalu rasa sakit skit, tuam tuala suam, pastu ada yang bagi petua sikat dengan sikat rambut la, minum air rambut masa mandi la, macam-macam petua.. tapi surut skit-skit je bengkaknya.. maybe masa tu ibu malas kot nak amal petua-petua tu sunguh-sunguh...

Bila dah rasa start bengkak dalam minggu ke 4 tu, dok rajin pump la susu kuar, dapat banyak gak sebelah je pun, rasa seronok tu yer la.. sebab susu banyak, peti ais pun dah nak penuh masa tu.. tapi yang bengkak tu rasanya makin besar dan makin keras..pastu pi Klinik Muslimah cek, Doktor tu tengok dia kata ok tak teruk sangat pun, dia bagi antibiotik dan suh balik tuam sama. Makan antibiotik tak surut jugak bengkak tu. Seminggu lepas tu habis pantang balik ke Sungai Petani.. masa tu dah start rasa sakit yang lain macam jugak ... bila nak malam je rasa sakit.. tapi still boleh tahan lagi.. pastu plak mak mentua panggil orang datang mengurut kat rumah.. harapnya bleh ok la bengkak tu kalu ngurut.. tapi tak menjadi pun.. sakit tu makin sakit pulak.

Seminggu lepas tu balik rumah kuaters.. ada la kot tido sana dalam 3 malam, sakit bengkak tu dah memang rasa lain macam la, nampak kulit tu pun dah merah..masa tu sakit yang dah ngangis-nangis dah.. sebab sakit belah kiri, bagi Khalish nyusu sebelah kanan jer.. pastu telefon mak nak suh mintak buat ubat cara kampung lak. Esok tu balik BM pi la rumah makcik tu mintak sirih untuk sapu kat bengkak tu. Makcik tu tak tengok pun, tapi dia kata tak dak apa, harap sapu tu nanti ok la.. balik tu trus mak tumbuk sirih tu sapu.. petang tu balik rumah kuarters balik sebab esoknya En.Khairil kena pi Putrajaya ada meeting.

Pagi tu tengok nampak len macam je bengkak tu, yang merah tu dah nampak macam jadi nanah.. waaa... takutnyer... dan sakitnyer pun dah lain macam.. asyik berdenyut sakit jerr... memang tak tahan la.. pastu pi Klinik Air Hitam cek, doktor tengok terkejut.. doktor kata ni dah jadi abscess , waa.... dah nak nangis rasa masa tu.. macam-macam dalam kepala rasa.. dah la En. Khairil tak dak..

bersambung next entry...

Bos Baru..

Hah ni bos baru kat rumah sekarang..hehehe... tapi masalanyer bos kecik ni tak suka duduk atas seat baru dia ni.. ada la dalam 1 minit kot duduk, pastu dah lonjak-lonjak badan nak keluar.. huhu.. kesian aunty-aunty yang bagi hadiah kat Khalish... Khalish plak tak nak duduk.. ni salah ibu jugak tak nak ajar awal-awal Khalish duduk dalam bumboo seat ni.. tapi rasa macam takut nak letak Khalish awal-awal, takut pinggang dia tak kuat..huhu.. tak pe la.. nanti balik rumah kena testing banyak-banyak kali lagi bagi bos ni selesa atas kerusi dia.. hahaha